Pimpinan PAS Larut yang bermasalah patut dengar nasihat pemimpin Umno ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 11, 2012

Pimpinan PAS Larut yang bermasalah patut dengar nasihat pemimpin Umno ni...

Tak kira apa jawatan dalam parti sekali pun, tak sepatutnya jadi lesen untuk 'wajib' dipilih jadi calon. Tambah-tambah kalau sekadar YDP, pasainya yang akan akan memenangkan nanti bukannya ahli PAS tapi pengundi atas pagar dan termasuk juga penyokong Umno.

Malaysiakini melaporkan:
Pemimpin dan anggota Umno perlu menghentikan sikap suka merajuk apabila tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kerana ia hanya akan merugikan parti dan diri sendiri jika Umno dan BN kalah, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata pengalaman Umno dan BN Kedah pada 2008 perlu dijadikan pengajaran apabila kalah pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) akibat ada pemimpin dan anggota Umno yang tidak terpilih, tidak membantu calon pucuk pimpinan. - Mkini.   
Walaupun Ahmad Bashah tu pemimpin Umno dan nasihat tu ditujukan kepada pemimpin Umno tapi rasanya nasihat tu cukup sesuai ditujukan kepada PAS Larut.

Tambah-tambah ayat bawah ni:
Katanya semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan mengenai calon dibuat, mereka perlu akur - Ibid.
Walaupun lebih sesuai untuk Umno tapi boleh juga jadi panduan untuk pemimpin PAS.

Maksud aku, untuk pemimpin PAS yang ada hati nak jadi calon, kena buat kerja, kena tonjolkan diri dan kelebihan diri supaya diiktiraf sebagai 'calon boleh menang'. Tapi nak tonjolkan diri tu kena betul caranya, jangan pulak sampai nampak 'pengkaq'.

Tak kira apa jawatan dalam parti sekali pun, tak sepatutnya jadi lesen untuk 'wajib' dipilih jadi calon. Tambah-tambah kalau sekadar YDP, pasainya yang akan akan memenangkan nanti bukannya ahli PAS tapi pengundi atas pagar dan termasuk juga penyokong Umno.

Lagi satu yang aku mushkil sikit, takkan penyokong Dr. Dahari langsung tak buat pengiraan kut. Takkan kut depa rasa dengan buat sidang media sampai macam tu akan buka peluang untuk Dr. Dahari dipilih sebagai calon kut.

Sinarharian melaporkan:
“Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.

“Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini,” katanya.

Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.. - Sinarharian.
Kalau baca yang tersurat memang nampak hujjah kat atas tu ada asas, tapi kalau setakat ada asas saja tak cukup. Lain la kalau penyokong Dr. Dahari boleh kemukakan bukti, hasil servey contohnya yang menunjukkan pengundi DUN Selama lebih menerima Dr. Dahari berbanding Ustaz Akmal.

Lebih-lebih lagi bila Sinarharian melaporkan:
Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuangan Pas,” katanya. - Ibid. 
Satu hujjah yang cukup lemah.
/
Takkan kut depa nak bagitau yang selama ni Dr. Dahari 'mengabdikan diri kepada PAS' adalah untuk jadi calon.

Dan lebih parah lagi takkan kut depa nak bagitau, jadi calon dalam pilihanraya adalah 'hadiah penghargaan' pasai lama berkhidmat dalam parti.

Kalau itu asasnya, aku yakin ada lagi yang lebih layak jadi calon PAS di Dun Selama sebab lebih lama berkhidmat dalam parti kalau nak dibandingkan dengan Dr. Dahari.

Tapi yang paling aku mushkil sekali, takkan depa tak tau sepatutnya tindakan 'berperang' dalam media ni jadi cara terakhir. Dan takkan depa rasa depa boleh menang kut kalau berperang secara terbuka dalam media macam ni.

Apa pun, dari satu segi elok jugak depa 'berperang' sekarang berbanding depa mula 'berperang' di dalam media bila dah parlimen dah dibubarkan. Cepat mula perang ada peluang perang cepat selesai, sebelum parlimen dibubarkan.

Dan aku yakin dalam masa terdekat ni,, kemelut PAS Larut ni akan berjaya diselesaikan secara sebaiknya dan seluruh jentera dapat disatukan semula untuk menumbangkan Umno BN di Parlimen Larut dan 2 Dun di bawahnya, Kubu Gajah dan Selama dalam PRU13 akan datang.

[Sumber imej: Facebook]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...