Apa pun, aku yakin insiden ni tentu punya akan digunakan oleh musuh politik Nur Jazlan, pengerusi UDA yang juga ahli parlimen Pulai tu. Pembatalan program besar tu tentu punya akan dihempuk atas kepala Nur Jazlan sebagai kegagalan pengerusi UDA.
Ketua Menteri Pulau Pinang update facebook dia:
On Dec 6, Chief Minister Lim Guan Eng had informed members of the press that prior to the PM's visit scheduled on Dec 8, UDA had invited him to the ground breaking ceremony of Kampung Tanjung Tokong. CM Lim showed members of the media the invitation card, parking sticker and letter from UDA. However, at the last minute, UDA had called CM Lim to inform him that the ground breaking ceremony had been cancelled. - Facebook.
Hari Sabtu lepas Najib Razak ada buat lawatan sehari ke Pulau Pinang di mana Najib ulang janjii kerajaan nak buat monorel di Penang, satu bukti janji yang tidak ditepati.
Selain dari program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia, Najib dijadualkan ada lagi satu program besar bersama UDA iaitu program pecah tanah untuk projek Kampung Tanjung Tokong. Program ini la yang Lim Guan Eng kata dibatalkan di saat-saat akhir.
Yang mushkilnya pasai apa program pecah tanah tu dibatalkan dan cuma diganti dengan program 'lawatan' ke Kampung Tanjung Tokong.
Sinarharian melaporkan:
Dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Khariah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong di sini petang tadi, Najib secara peribadi mendengar rintihan penduduk yang bimbangkan nasib mereka dan permintaan kemudahan infrastruktur di kawasan itu.Macamana boleh sampai program yang penting dan besar macam tu dibatal pada saat-saat akhir? Apa masalahnya?
"Penduduk Tanjong Tokong akan dapat apa yang sepatutnya dapat... saya dimaklumkan UDA juga akan membina 2,000 unit rumah dengan keluasan 850 kaki persegi dan kita harap ia siap tidak lama lagi," kata beliau sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai dalam masjid itu. - Sinarharian.
Dan yang lebih penting lagi, sapa punya kerja sampai program tu dibatalkan?
Dari segi pentadbiran, memang tepat sangat program pecahtanah tu dijemput sama Ketua Menteri, pasainya projek tu tentu memerlukan kelulusan berbagai-bagai agensi di bawah kerajaan negeri. Takkan kut pasai UDA jemput sama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sampai program pecahtanah tu dibatalkan pada saat-saat akhir.
Apa pun, aku yakin insiden ni tentu punya akan digunakan oleh musuh politik Nur Jazlan, pengerusi UDA yang juga ahli parlimen Pulai tu. Pembatalan program besar tu tentu punya akan dihempuk atas kepala Nur Jazlan sebagai kegagalan pengerusi UDA.
Tambah-tambah bila Lim Guan Eng hangatkan isu ni, tentu punya Nur Jazlan panas ponggong dan musuh politik dia pulak tentu punya menyusun strategi untuk singkirkan Nur Jazlan.
Tak mustahil dalam masa terdekat ni kerusi yang anak Mohamat Rahmat, bekas Menteri Penerangan duduk tu akan diganti dengan orang lain, dan tak mustahil jugak tempat dia di Pulai pun akan diganti oleh orang lain.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis