Cumanya, tindakan muktamar DPP untuk tolak usul tu nampak tak berapa cantik pasainya objektif utama himpunanm Bersih adalah untuk tuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Macam DPP nak bagi signal yang tak berapa tepat.
Utusan melaporkan:
KOTA BHARU 15 Nov. - Para perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-53 menolak usul supaya perhimpunan Bersih 4.0 diadakan bagi menghidupkan kebangkitan rakyat untuk menuntut pilihan raya yang bersih.
Usul tersebut ditolak sebulat suara oleh para perwakilan selepas perbahasan diadakan oleh para perwakilan.
Antara sebab usul tersebut ditolak ialah pemuda Pas mahu supaya tumpuan yang lebih diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum. - Utusan
Itu laporan Utusan, saja aku pilih untuk quote laporan utusan, setakat ni cuma takat tu laporan dari Utusan tapi aku yakin keputusan muktamar DPP tolak usul tu akan Utusan spin lepas ni.
Dalam isu usul ni satu benda kena ingat, usul tu adalah usul yang diluluskan di mesyuarat agung DPP peringkat kawasan yang berlangsung pada awal tahun, bulan Mac atau April dulu yang akan dibawa ke Muktamar DPP di peringkat pusat yang biasanya dijalankan dalam bulan Jun, dan masa tu usul Bersih 4.0 ni sangat relevan.
Tapi disebabkan Muktamar Pusat ditangguhkan, usul ni tak berapa nak relevan pasai banyak perkembangan lain yang terjadi sejak bulan Jun sampai sekarang.
Maksud aku, himpunan Bersih 4.0 tak berapa nak relevan pasai Pakatan Rakyat dah pun bersetuju untuk adakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di peringkat negeri dan kemuncaknya secara besar-besaran di peringkat nasional awal tahun depan.
Nampak tak berapa nak relevan untuk gerakkan satu lagi himpunan besar yang tentunya akan juga ambil masa dan tenaga yang cukup banyak untuk proses promosi dan mobilasi.
Cumanya, tindakan muktamar DPP untuk tolak usul tu nampak tak berapa cantik pasainya objektif utama himpunanm Bersih adalah untuk tuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Macam DPP nak bagi signal yang tak berapa tepat.
Kalau aku perwakilan dan berpeluang untuk berbahas isu ni, aku akan kempen untuk tak tolak isu ni tapi terima dengan pindaan, pinda istilah Himpunan Bersih 4.0 dan susunan ayat dalam usul tu supaya sesuai dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dah pun dipacak tarikh pada 13 Januari 2012.
Jadinya tak berbangkit isu Dewan Pemuda tolak himpunan Bersih ataupun tolak perjuangan untuk tuntut pilihanraya yang bersih dan adil pasai Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah gabungan himpunan semua tuntutan rakyat sebelum ni termasuk himpunan Bersih, Himpunan Oren, Himpunan Hijau, Himpunan Royalti dan lain-lain himpunan.
Tapi nak buat macammana, muktamar kali ni pun macam selalu, aku terpaksa ponteng jugak pasai orang tua aku nak balik dari mekah. Tak patut sangat kut kalau aku tak tunggu orang tua aku balik dari mekah. Perasaan orang tua nak kena jaga jugak. Lagi pun sekali ni ja orang tua aku balik dari mekah pun.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis