Ust Din Tantawi kena belasah teruk dalam muktamar DPP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 15, 2012

Ust Din Tantawi kena belasah teruk dalam muktamar DPP

Ada perwakilan yang membelasah Pemuda PAS Malaysia yang masih gagal lahirkan pemimpin yang boleh jadi ikon dan igauan anak muda. Pemimpin Dewan Pemuda nampak macam 'tua sebelum masanya", muda tapi sedar diri berlagak nak jadi orang tua.

Seronok jugak tengok perbahasan perwakilan yang bahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS Malaysia dalam muatamar kali ni.

Walaupun aku tak pi pun ke Kelantan tapi masih boleh ikuti perbahasan secara LIVE.

Aku ada kopipes kat ruang sebelah ni video streaming LIVE muktamar PAS kali ke 58 dari Kelantan, kut-kut ada yang teringin nak tengok kat blog aku ni.  
Yang menariknya, hampir semua wakil pembahas dari negeri-negeri menyuarakan tak puas hati dengan ucapan dasar kali ni yang katanya panjang lebar sampai 55 mukasurat tu.

Ada yang kata ucapan tu sekadar retorik pasai realitinya kepimpinan tertinggi pun takdak kawasan untuk bertanding dengan maksud kepimpinan tertinggi pun takdak grassroot untuk meraisai sendiri macamana realiti sebenar untuk menggerakkan pemuda dan dalam masa yang sama nak tarik sokongan msyarakat digrassroot kepada PAS.

Ada sorang perwakilan pulak belasah pasai Akademi Kepimpinan Pemuda yang walaupun disebuat dalam ucapan dasar untuk diperkasakan padahal realitinya status semasa AKP pun tak jelas, entah hidup entah dah mampus,  langsung takdak dah latihan untuk pemimpin pemuda.

Member tu kata, kesian la sama kepada pemuda macam dia yang takdak peluang untuk ditarbiah di macam yang berkesempatan masuk universiti yang penuh dengan usrah, tamrin dan bermacam-macam program tarbiah perkaderan.

Yang lebih menarik lagi ada perwakilan yang membelasah Pemuda PAS Malaysia yang masih gagal lahirkan pemimpin yang boleh jadi ikon dan igauan anak muda. Pemimpin Dewan Pemuda nampak macam 'tua sebelum masanya", muda tapi sedar diri berlagak nak jadi orang tua.

Yang positifnya, perbahasan muktamar PAS ni membuktikan yang kebebasan bersuara sangat diraikan di dalam PAS.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...