Ungkapan 'bola tanggung' dari Presiden PAS tentang anak muda | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 16, 2012

Ungkapan 'bola tanggung' dari Presiden PAS tentang anak muda

Mereka menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti melakukan tindakan secara terancang bagi melawan serangan "taufan wang" yang bakal digunakan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, PAS akan berdepan dengan ujian getir iaitu rakyat dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain daripada pelbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama Umno BN. - Hrkh.
Bagi yang tak berkesempatan ikuti Ucapan Dasar Presiden pagi tadi macam aku, kat bawah ni aku kopipes Ucapan Dasar tu dalam scribe dan aku paparkan kat bawah ni untuk mudah hangpa baca.

Bagi yang lebih selesa download file PDF yang asal boleh dapatkan di web rasmi Muktamar 58 atau di link "Ucapan Dasar Muktamar 2012"

Ucapan Dasar Muktamar PAS Ke 58 Tahun 2012

Aku pun belum teliti Ucapan Dasar tu, tadi masa scan sekali lalu aku jumpa petikan yang cukup menarik berkaitan orang muda, satu paragraf yang cukup tepat dan amat patut difahami, dihayati untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
"Sikap orang muda sekarang amat berbeza dengan generasi terdahulu. Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi facebook, blog, sms dan lain-lain" - Ucapan Dasar Muktamar ke-58 (2012)
Memang bukan semuanya tapi majoritinya memang macam tu. Walaupun dari satu sudut nampak macam 'bola tanggung' tapi itulah realitinya yang dok ada sekarang ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...