Pencerahan 2 - Bukti yang Zul Yahya adalah sebenarnya Ahmad Abd Jalil? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 09, 2012

Pencerahan 2 - Bukti yang Zul Yahya adalah sebenarnya Ahmad Abd Jalil?

Setelah dengar 2 video tu, aku rasa aku pun mungkin silap, terus terima dakyah polis yang kata id facebook Zul Yahya tu milik Ahmad Abd Jalil sedangkan sampai hari ni polis langsung tak kemukakan sebarang bukti yang jelas menunjukkan id tu milik Ahmad Abd Jalil. 

Mula-mula sekali aku nak minta maaf kalau ada yang tersalah persepsi lepas baca artikel aku pagi tadi "Pencerahan - Pasai apa pulak kita kena sokong Ahmad Abd Jalil yang sah Umno ni???"

Terutama sekali kepada keluarga Ahmad Abd Jalil pasai ada yang bagitau keluarga Ahmad tak berapa puas hati dengan artikel aku tu.

Cumanya, artikel aku tu berdasarkan persepsi yang aku dapat bila baca laporan yang aku jumpa dalam media baru dan aku yakin bukan aku sorang yang dapat persepsi macam tu.
su yang sebenarnya sekarang ni, betul ka id facebook Zul Yahya tu memang milik Adam Abd Jalil macam yang polis dakwa?

Sebelum tu, bagi yang belum tengok dan dengar 2 video kat bawah ni, elok dengar dulu sebelum buat apa-apa rumusan.


Video ucapan mak Ahmad Abd Jalil [Sumber:Facebook]


Video ucapan ayah Ahmad Abd Jalil [Sumber:Facebook]

Setelah dengar 2 video tu, aku rasa aku pun mungkin silap, terus terima dakyah polis yang kata id facebook Zul Yahya tu milik Ahmad Abd Jalil sedangkan sampai hari ni polis langsung tak kemukakan sebarang bukti yang jelas menunjukkan id tu milik Ahmad Abd Jalil.

Tambah-tambah pulak bila nampak cukup jelas macam pihak polis nak sembunyikan sesuatu dalam mengendalikan kes Ahmad Abd Jalil ni.

Aku rasa hangpa elok baca analisa yang blog Amenoworld buat, "Ahmad is Ahmad, Ahmad bukan Zul Yahya" untuk dapat lebih pencerahan, atau lebih tepat lagi keraguan berkenaan kes Ahmad Abd Jalil ni.

BTW, aku memilih untuk setuju macam pandangan blogger Amenoworld yang Ahmad is Ahmad dan Zul Yahya is Zul Yahya dan Ahmad Abd Jalil bukannya Zul Yahya.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...