Pencerahan - Pasai apa pulak kita kena sokong Ahmad Abd Jalil yang sah Umno ni??? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 09, 2012

Pencerahan - Pasai apa pulak kita kena sokong Ahmad Abd Jalil yang sah Umno ni???

Keluarga mamat ni yang risau kalau dia 'dijatuhkan hukuman' masa dalam lokap terlebih dulu sebelum dibicarakan di mahkamah, malah lagi depa risau kalau dia 'dijatuhkan hukuman' di istana terlebih dahulu.

Aku sebenarnya 'terlepas keretapi' pasai kes Ahmad Abd Jalil ni, sibuk terlebih dalam seminggu ni, blog sendiri pun tak berapa sempat nak update.

Mulanya malas nak ambik pot sangat pasai kes ni, aku cuma ambik pendirian sokong mamat ni atas 'keberanian' dia. Tapi bila ada sorang kawan facebook ajak 'bersembang' isu mamat ni semalam atas asas 'mamat tu orang Umno', terpaksa la jugak aku study sikit kes ni supaya aku 'bersembang' tak melalut ke laut.
Kalau tengok facebook Zul Yahya tu, tambah-tambah kalau tengok photo stream dia, memang sah mamat ni orang Umno.

Sumber: Facebook Zul Yahya
Pun begitu, aku langsung tak teragak-agak nak sokong dia atas 'keberanian' dia 'membelasah' Sultan Johor tu. Tentu dia ada benda yang dia tak puas hati dan institusi istana pulak bukannya maksum yang langsung tak boleh disentuh. Lagi pun imuniti raja-raja dah Dr. Mahathir berjaya buang lama dulu.

Bukan takat ahli Umno, kalau Najib Rosmah ada keberanian macam tu pun aku sokong, bukan sokong depa tapi sokong keberanian depa.

Bab dia guna perkataan 'boroi' dan 'babi' tu satu isu lain, itu bangang namanya.

Sumber: Facebook Zul Yahya
Lagi satu, tak kira sapa pun dan apa kesaalahan sekali pun, semua orang yang dituduh berhak untuk mendapatkan keadilan bukan saja dalam perbicaraan di mahkamah, tapi juga proses sebelum dibawa ke mahkamah.

Aku yakin ramai yang bersama keluarga mamat ni yang risau kalau mamat ni 'dijatuhkan hukuman' di dalam lokap terlebih dulu sebelum dibicarakan di mahkamah, malah lagi depa risau kalau dia 'dijatuhkan hukuman' di istana terlebih dahulu.

Pasai itulah ada yang anjurkan "Nyalaan lilin sokong Ahmad di Dataran Merdeka" dan Malaysiakini melaporkan:
Himpunan tersebut, yang diketuai oleh penyelaras Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, bermula sekitar jam 9 malam, dengan dipantau oleh kira-kira 10 anggota polis.

"Beliau telah tidak diberi hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau tidak pernah diberi hak untuk berjumpa peguamnya. Beliau telah tidak diberi haknya untuk berjumpa keluarganya.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada beliau. Kami amat bimbang akan keselamatannya, dan kami berada di sini untuk menuntut pembebasan Ahmad," katanya sebelum menyerahkan hailer untuk ahli keluarga Ahmad. - Mkini.
Sebelum tu MalaysianInsider melaporkan:
Menurut peguam Ahmad Sabtu lalu, pihak polis telah memaklumkan kepada beliau bahawa anak guamnya sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 oleh kerana tulisan beliau di Facebook yang dikatakan menghina Sultan Johor. - TMI.
Juga dilaporkan:
Pihak polis hari ini menahan semula Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskan beliau dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari “orang atas” (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga. - Ibid
Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider selepas itu, seorang lagi ahli keluarga Ahmad yang tidak mahu dikenali memberitahu polis mengakui bahawa mereka terus menahan Ahmad disebabkan tekanan daripada “orang atas”.

“Ahmad dilepaskan oleh kerana majistret memberitahu bahawa mereka gagal mendapatkan kenyataan daripada beliau semasa tiga hari menahannya,” katanya. - Ibid.
Semalam Malaysiakini melaporkan:
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan. - Mkini.
Rupabentuk seksyen tu macam kat bawah ni:
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
233.  (1)  Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau - Akta 588
Pada aku, kira ok la kut bila dia didakwa bawah seksyen ni. Sefaham aku yang takdak latarbelakang undang-undang, seksyen ni langsung takdak kaitan dengan institusi istana, tak kira waima kalau menghina hamba abdi pun boleh didakwa di bawah akta ni, kalau pendakwaraya mau.

Yang lebih penting lagi, mamat tu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap pertuduhan dan dalam keadaan sihat walafiat, maksud aku dia tak 'dijatuhkan hukuman' masa dalam tahanan reman dan yang lebih penting lagi mamat tu tak 'dijatuhkan hukuman' di istana.

Cukup kut takat tu aku sokong mamat Umno ni.

Updated:
Mesti baca artikel pencarahan aku seterusnya "Pencerahan 2 - Bukti yang Zul Yahya adalah sebenarnya Ahmad Abd Jalil?"


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...