Walaupun dah 'dimekap', masih jelas nampak sisi huduh laporan audit | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 16, 2012

Walaupun dah 'dimekap', masih jelas nampak sisi huduh laporan audit

Aku cukup yakin, laporan audit 2011 tu dah 'dimekap' tapi malang bagi Umno BN, masih nampak jugak rupa huduh laporan audit tu.

Malaysiakini melaporkan:  
Selepas tertangguh lebih dua minggu, Laporan Ketua Audit Negara 2011 dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pejabat ketua audit negara dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan kepada pengauditan terhadap 456 penyata kewangan Kerajaan dan agensi kerajaan tahun 2011, sebanyak 338 (85.1 peratus) penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Manakala sebanyak 25 (5.5 peratus) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

Baki 43 (9.4 peratus) pula penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, menurut laporan itu lagi. - Mkini.
Akhirnya, laporan audit negara 2011 dibentangkan jugak akhirnya. Kalau ikut logik dan amalan sebelum-sebelum ni, laporan audit perlu keluar dulu sebelum pembentangan bajet. Tapi macam tahun lepas, laporan audit kali ni pun keluar selepas pembentangan bajet.

Mungkin betul andaian Pakatan Rakyat, Umno BN tak berani bentang laporan audit sebelum pembentangan bajet pasai depa takut bajet yang dibentangkan akan nampak takdak apa pasai dibayangi laporan audit.

Dan mungkin lebih tepat, laporan bajet terpaksa dilewatkan pasai depa terpaksa 'mekap' laporan audit tu supaya rupa kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang ditadbir Umno BN tak nampak huduh sangat.

Aku takmau ulas lebih detail pasai aku pun belum sempat teliti lagi semua berita berkenaan laporan audit 2011 ni, takdan.

Tapi kalau ikut tajuk-tajuk laporan berita yang aku sempat tengok, nampak macam rupa bajet kali ni memang cukup teruk. Laporan audit untuk negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pulak mengatasi negeri-negeri ditadbir Umno BN.

Aku cukup yakin, laporan audit 2011 tu dah 'dimekap' tapi malang bagi Umno BN, masih nampak jugak sisi huduh laporan audit tu.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...