Memang la SPR Korea tak berniat nak perli SPR Malaysia, tapi betapa cantiknya kalau SPR Malaysia boleh bejalar dan kalau sesuai boleh tiru terus kaedah yang Korea Selatan guna tu. Cumanya, aku yakin, macam biasa SPR akan buat-buat tak nampak benda-benda macam ni.
Malaysiakini melaporkan:
Ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bergelut untuk membuat perubahan yang perlu bagi memudahkan pengundian di luar negara, rakyat Korea Selatan yang tinggal di Malaysia sedang bersiap sedia untuk pertama kalinya mengundi bagi memilih presiden mereka.
Dalam Pameran Hari Korea di Pusat Konvensyen Sunway, Subang Jaya, yang berakhir semalam, para pegawai kedutaannya dan sukarelawan menyediakan kaunter tempat untuk mendaftar rakyat mereka sebagai pengundi tidak hadir. - Mkini.
Memang la SPR Korea tak berniat nak perli SPR Malaysia, tapi betapa cantiknya kalau SPR Malaysia boleh bejalar dan kalau sesuai boleh tiru terus kaedah yang Korea Selatan guna tu. Cumanya, aku yakin, macam biasa SPR akan buat-buat tak nampak benda-benda macam ni.
Malaysiakini juga melaporkan:
"Jika mereka (pengundi) tidak berada di Korea, mereka perlu memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak berada di Korea.Maknanya tak perlu la SPR nak habis duit hantar kertas undi kepada setiap pengundi yang ada diluar negara yang Pengerusi SPR sebelum ni kata akan telan kos yang terlalu tinggi.
"Sebaik sahaja mereka diiktiraf, mereka boleh mengundi di kedutaan untuk memilih presiden," kata Sunny Huang Eun Sun - seorang sukarelawan di kaunter tersebut, yang membantu menterjemah untuk Sim semasa ditemubual. - Ibid.
Dan untuk lebih telus SPR kena benarkan ejen calon atau parti yang bertanding memantau proses pengundian di kedutaan tu.
Juga dilaporkan:
Katanya, nama rakyat Korea Selatan ditambah secara automatik dalam daftar pemilih apabila mendaftar untuk mendapat kad pengenalan mereka pada usia 19 tahun, tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu setiap kali mereka bercadang untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir. - Ibid.Bab pendaftaran automatik ni, tak perlu ulas dah kut, pasainya SPR memang jelas sangat beraksi macam 'si anjing Umno', mempertahankan kaedah pendaftaran sediaada yang memang terdedah kepada penipuan yang mudah oleh parti yang memerintah.
Juga dilaporkan:
Malah, Sim dan para sukarelawan juga menyediakan tempat mengundi olok-olok untuk memastikan pengundi tahu apa yang perlu dibuat apabila mereka mengundi di kedutaan pada bulan Disember nanti.Dalam bab ni aku yakin SPR takdak masalah nak tiru, pasainya penyediaan peralatan macam ni boleh buka peluang kepada puak-puak Umno untuk dapat kontrak membekal yang tentunya boleh mark-up harga sampai ke tahap gila babi.
Selepas identiti pengundi dan kelayakannya disahkan, sebuah
pencetak kecil mencetak kertas undi manakala satu lagi pencetak, akan mencetak sampul surat berpelekat dengan memaparkan kawasan pengundian.
Sebuah penjana kuasa (UPS) disediakan untuk memastikan sistem pengundian berjalan lancar walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik. - Ibid.
Standard la, bab nak bagi telus dan nampak telus SPR memang lambat nak faham tapi kalau bab nak bagi projek kepada cukong Umno, SPR memang mudah sangat nak faham.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis