Video Azalina Othman mengamuk dalam parlimen | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 05, 2012

Video Azalina Othman mengamuk dalam parlimen

Yang cuba nak mencelah pulak Nurul Izzah yang lemah lembut, memang tak padan langsung la. Nasib baik la Nurul Izzah duduk jauh disebelah sana, kalau duduk dekat mungkin dah kena libas dan kalau Azalima melibas pun aku tak heran pasai memang ada tanjak pun.

Aku tak boleh bayangkan macamana la agaknya kalau mantan ketua Puteri tapi nampak ciri-ciri macam jantan ni kalau dia betul-betul mengamuk dalam parlimen. Dah la nampak tough semacam, ditambah pulak dengan ada karate 'black belt kaler biru'. Agak-agak ada ka ahli parlimen yang berani nak dekat?

Walaupun dia cuma mengamuk mulut ja tapi tak kurang hebat jugak amukannya, langsung tak bagi peluang orang nak mencelah. Yang cuba nak mencelah pulak Nurul Izzah yang lemah lembut, memang tak padan langsung.  
Aku malas nak komen lebih-lebih, nanti sampai surat saman tak berbaloi pulak kena turun naik mahkamah pasai isu yang tak berapa nak ada isu ni. Dia ni pulak tengah bersemangat nak saman orang.

Hangpa tengok la sendiri video kat bawah ni.


Nasib baik la Nurul Izzah duduk jauh disebelah sana, kalau duduk dekat mungkin dah kena libas dan kalau Azalina melibas pun aku tak heran pasai memang ada tanjak pun.

Malaysiakini melaporkan:
Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.

Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas
tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap. - Mkini.
Kalau macam tu la cara dia nak berdebat, memang elok pun Salahuddin tak sambut cabaran dia tu, bukan apa, takut jadi apa-apa yang tak diingini, nanti Salahuddin pulah yang malu...

Nak lawan tak berapa nak kena, tak lawan pun tak berapa nak  kalah... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...