Azalina pun sebenarnya tak setuju projek RAPID tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 04, 2012

Azalina pun sebenarnya tak setuju projek RAPID tu?

Bila dia sampai tahap nak saman Mazlan Aliman tu,  nampak macam nak berlepas diri dengan projek RAPID tu, mungkin dia terbau sesuatu pasai projek RAPID tu kut, orang putih kata "smell something fishy."

Bila aku dengar clip video perbualan Azalina Othman dengan wartawan macam yang kat bawah ni, aku jadi konfius, sebenarnya bekas ketua Puteri ni sokong ka tak sokong projek RAPID yang nak dibuat di kawasan parlimen dia di Pengerang tu.

Kalau dia betul-betul sokong projek tu dan yakin projek tu cukup baik untuk orang Pengerang, patutnya dia berbangga bila Mazlan Aliman tolong bagitau orang ramai yang dia  yang yakinkan PM tentang projek tu supaya dibuat di Pengerang.

Patutnya tak timbul langsung soal 'mala fide' kalau pun apa yang Mazlan Aliman kata tu tak betul. Lagi pun dia pun dah nafikan yang ada kepentingan dengan projek RAPID tu.

Yang jadi aku mushkil lagi, baru beberapa hari sebelum ni, dia sungguh-sungguh mempertahankan projek tu, kata projek tu tak merosakkan alam sekitar dan tak ganggu dugong.

Dia mempertahankan yang projek tu tak aniya penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah pasai pampasan sangat berpatutan.

Dia siap cabar Salahuddin Ayub berdebat dengan dia isu projek RAPID ni.

Tapi, hari ni nampak macam lain pulak persepsi yang dia cuba tanamkan. Bila dia sampai tahap nak saman Mazlan Aliman tu, nampak macam dia pun macam yakin yang orang Pengerang tak suka projek tu dan akan tolak dia pasai bawak projek tu ke Pengerang.

Dia nampak macam nak berlepas diri dengan projek RAPID tu, mungkin dia terbau sesuatu pasai projek RAPID tu kut, orang putih kata "smell something fishy".



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...