Tapi kalau la macam tu kabinet Pakatan Rakyat, yang paling tak puas hati tentu Azmin Ali. Ada ka patut depa bubuh dia Menteri Dalam Negeri. Kawan dah lama mengidam nak duduk kerusi Menteri Besar Selangor la...
Lama dah isu kabinet banyangan Pakatan Rakyat ni puak-puak penchachai cuba main tapi pimpinan Pakatan Rakyat tak layan. Biasa la, pasang erat kalau tak reti memang payah nak kena, tambah-tambah kalau stail sama diulang-ulang.
Akhirnya depa sendiri yang tolong buat, siap masuk muka depan Utusan lagi, lepas tu depa jugak sibuk komen pasai kabinet bayangan yang puak-puak depa jugak buat tu dan akhirnya jerat mengena.
Aku tak berapa minat polemik kabinet banyangan ni, jaraang sangat aku baca. Kalau baca pun takat sekali lalu ja, malas nak ambik pot. Tak kemana pun kabinet bayangan selagi keputusan PRU13 belum keluar.
Aku jugak tak baca Utusan keluaran tah bila tah tu, nak google pun malas, jadinya aku taktau detail kabinet bayangan dari akhbar penchachai 1Malaysia ni.
Kat bawah ni aku kopipes senarai yang aku jumpa dalam blog Manjongmari yang dia kopipes dari blog penchachai kaki lucah Umno BN.
Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)Lantak pi la kat depa nak kata sumber dari mana pun, depa ingat orang Pakatan Rakyat bangang kut. Sekilas ikan dilaut pun dah tau ikan plastik.
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)
Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)
Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Dr Tan Seng Giaw (DAP)
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
Datuk Mustafa Ali (Pas)
Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)
Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)
Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)
Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)
Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)
Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)
Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)
Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)
Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)
Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)
Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)
Senarai diatas ini dikeluarkan oleh Shuhaimi Adun Batu Tiga dalam mesyuarat biro politik PKR baru - baru ini tanpa persetujuan DAP dan PAS. Mereka menganggap kononnya PKR akan menang besar di semua kerusi yang dipertandingkan, manakala parti - parti lain hanyalah pelengkap sahaja.(sumber dalaman PKR) - Manjongmari.
Kalau la betul dari sumber Pakatan Rakyat, takkan ada yang berani buat senarai menteri kabinet tapi tak bubuh Timbalan Presiden PAS, bang Mat Sabu. Tak ka bangang namanya tu.
Tapi kalau la macam tu kabinet Pakatan Rakyat, yang paling tak puas hati tentu Azmin Ali. Ada ka patut depa bubuh dia Menteri Dalam Negeri. Kawan dah lama mengidam nak duduk kerusi Menteri Besar Selangor la.
Dengar ceritanya dah macam-macam dia buat termasuk yang terbaru kenyataan dia yang kata Khalid Ibrahim patut jadi menteri kabinet. Bila Khalid jadi menteri kabinet dah tentu la dia akan dipilih jadi Menteri Besar Selangor.
Macam Hj Nizar aku yakin dia seronok sangat kalau tak perlu dah jadi Menteri Besar Perak, tak payah la dia terpaksa mengadap orang istana Perak lagi dah.
Macam tu jugak Salahuddin Ayub yang sebelum ni disebut-sebut calon Menteri Besar Johor,lagi mudah jadi menteri kabinet dari jadi menteri besar Johor. Kalau nak banding dengan Sultan Perak, memang semua boleh bersetuju yang orang istana Johor jauh lebih teruk.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis