Ust Harun Taib sokong Ust Nasha buat tuduhan tanpa bukti? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 11, 2012

Ust Harun Taib sokong Ust Nasha buat tuduhan tanpa bukti?

Ust Harun Taib seolah-olah mengiyakan semua kenyataan yang keluar dari mulut Ust Nasha tu termasuk membenarkan tindakan Ust Nasha buat tuduhan tanpa bukti dan lebih dahsyat lagi seolah-olah membenarkan tuduhan tanpa bukti tu dibuat atas nama Majlis Syura'

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul.

“Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam. - Sinar.
Aku mushkil sikit dengan kenyataan ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ni. Takkan Ketua Dewan Ulama' pun tak faham apa sebenarnya isu hangat yang Ust Nasha ketengahkan tu.

Aku yakin semua ahli dan penyokong PAS setuju dengan kenyataan Ust Nasha yang kata "Islam perlu jadi perkara utama". Tak timbul langsung perdebatan dalam bab tu. Sembang la dengan sapa pun dalam PAS, semua akan kata Islam adalah perkara utama.

Takkan Ust Harun tak nampak isu yang hangat sebenarnya adalah dakwaan Ust Nasha yang kata DAP buat majlis kesyukuran kemenangan siap dengan doa agar Malaysia jadi negara Kristian. Satu tuduhan tanpa bukti dan dah dinafikan oleh DAP.

Lebih mushkil lagi bila Sinarharian juga melaporkan:
Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka.

“Beliau bebas... boleh kata apa sahaja, beliau juga ahli Majlis Syura. Tidak salah beliau gunakan Majlis Syura untuk suarakan pandangan ini.

“Apa yang berlaku sekarang ini ramai yang berkata atas kepentingan diri sendiri,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Nasharudin itu sebagai perkara biasa.

“Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita,” katanya. - Ibid. .
Cara kenyataan Ust Harun Taib tu seolah-olah mengiyakan semua kenyataan yang keluar dari mulut Ust Nasha tu termasuk membenarkan tindakan Ust Nasha buat tuduhan tanpa bukti dan lebih dahsyat lagi seolah-olah membenarkan tuduhan tanpa bukti tu dibuat atas nama Majlis Syura'

Nampaknya tak makbul harapan aku supaya takdak ahli Majlis Syura' buat kenyatan sebelum keluar kenyataan rasmi Majlis Syura' pasai aksi terbaru ust Nasha ni.

Takkan Majlis Syura' tak teringin nak buat kenyataan rasmi berkenaan isu panas ni?

Apa pun, aku harap sangat kenyataan Ust Harun Taib tu disalah petik oleh wartawan Sinarharian walaupun yakin tak disalah petik..



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...