SPRM nak siasat apanya kalau menteri dah kata Ali Rustam tak bersalah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 05, 2012

SPRM nak siasat apanya kalau menteri dah kata Ali Rustam tak bersalah?

Memang malang la Najib ada menteri BANGANG macam ni. Kalau pun nak selamatkan kawan hang, jangan la obvious sangat sampai macam tu sekali, pi la kautim senyap-senyap dengan SPRM.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

“Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - TMI.
Aku langsung tak percaya SPRM akan ambik tindakan ke atas Ketua Menteri Melaka ni kalau pun memang betul ada unsur rasuah. Malah aku langsung tak heran kalau SPRM sebenarnya cuma bagitau sedang siasat tapi realitinya langsung tak siasat.

Kalau betul siasat pun, cuma akan sampai tahap buat kertas siasatan lepas tu akan diumumkan yang 'takdak unsur rasuah' kalau pun tak diam seribu bahasa.

Tambah-tambah lagi bila Menteri Dalam Negeri pun dah buat statement, semacam bagi hint kepada SPRM, membersihkan nama Ali Rustam.

Nak buang masa siasat apa lagi. Tak payah siasat pun takpa, sampai masa yang sesuai, SPRM cuma perlu umumkan yang 'takdak unsur rasuah.'

Malaysiakini melaporkan:
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Katanya, perkara tersebut sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya.

Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu juga mengingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.

"Walhal itu satu perkara, yang semua keluarga terpaksa melaluinya termasuk saya," katanya ketika diminta pemberita mengulas kontroversi itu di Subang Jaya hari ini. - Ibid.
Memang malang la Najib ada menteri BANGANG macam ni. Kalau pun nak selamatkan kawan hang, jangan la obvious sangat sampai macam tu sekali, pi la kautim senyap-senyap dengan SPRM. Takkan beraninya pegawai SPRM tak wala' kepada 'arahan' Menteri Dalam Negeri.

Lain la kalau Pakatan Rakyat memerintah esok, memang pegawai SPRM tak patut takut hatta kepada Perdama Menteri sekali pun.

Yang lagi BANGANG menteri ni, macam tak faham isu sebenar isu ni. Orang bukan kisah pasai anak Ali Rustam nak kawin, yang orang persoalkan, mana mai duit Ali Rustam boleh buat khenduri anak dia sampai macam tu punya besar dan mewah.

Kalau ikut pendapatan dia sebagai Menteri Besar memang dia takkan mampu buat majlis sebesar dan semewah tu.

Menteri BANGANG ni ingat prakyat Malaysia masih macam dulu lagi, senang-senang ditipu. Dengan teknologi media baru sekarang ni.

Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan:
Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.

Namun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, katanya tanpa menamakan individu tersebut. - Mkini.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...