Inilah stail Umno BN, bila dah rasa tergugat depa akan gunakan apa saja cara untuk tutup mulut termasuk 'mengarahkan' kakitangan kerajaan supaya beraksi macam 'si anjing Umno'.
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan "tidak sah" kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, rekod pihaknya menunjukkan Anak tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia. - Sinar.
Selepas Suaram kena attact dan nampak macam Suaram cedera teruk kena belasah termasuk yang terbaru KDN siasat dakwaan Suaram sogok pegawai kerajaan, nampaknya Ahmad Maslan cuba nak gunakan kaedah yang sama ke atas ANAK.
Sebelum ni Ahmad Maslan cuba nak gunakan kaedah mahkamah nak ugut Mazlan dan ANAK tapi Mazlan nampak macam langsung tak takut malah memperlekeh Ahmad Maslan pasai takut nak berdebat dengan dia.
Mungkin dia rasa kaedah mahkamah saja tak cukup power, kali ni Ahmad Maslan nak tambah serangan menggunakan ROS pulak, tumpang isu SUARAM dengan ROS tengah panas.
Sinarharian juga melaporkan:
Mazlan berkata: "Ahmad Maslan hanya menggunakan isu basi ini sejak Anak ditubuhkan lagi.Tak mustahil kalau lepas ni aan ada jugak tuduhan kata ANAK sogok kakitangan kerajaan untuk dapat rahsia macam tuduhan ke atas SUARAM tu.
"Jadi marilah kita berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya saya boleh mendedahkan status sebenar Anak dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.
"Saya tidak mahu komen lebih mengenai status Anak, tetapi mahu memberi amaran kepada Ahmad Maslan jika mahu menuduh saya, sila muhasabah diri terlebih dahulu," katanya. - Ibid.
Inilah stail Umno BN, bila dah rasa tergugat depa akan gunakan apa saja cara untuk tutup mulut termasuk 'mengarahkan' kakitangan kerajaan supaya beraksi macam 'si anjing Umno'.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis