Kalau betul dia ada suarakan hasrat nak masuk PAS, aku sangat setuju kalau PAS tolak hasrat dia tu pasainya langsung tak nampak dia berusaha nak menzahirkan 'keikhlasan' dia nak masuk PAS selama ni. Tambah-tambah pulak dia tu bekas KPN, yang orang PAS cukup menyampah.
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.
Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas. - Sinar.
Khabar angin ada bekas Ketua Polis Negara nak masuk PAS ni aku mula terbaca di blog MSO dan aku setuju dengan apa yang MSO tulis dalam entry dia tu.
Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tenguk baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.Jadinya bila Musa Hasan sendiri menafikan dengan keras maknanya tak betul la dia nak masuk PAS, tak payah peduli la dia memang dari asal tak pernah teringin nak masuk PAS atau pun dia memang ada menyuarakan hasrat hati tapi PAS tak sambut.
Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga tektik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah. - MSO.
Kalau betul dia ada suarakan hasrat nak masuk PAS, aku sangat setuju kalau PAS tolak hasrat dia tu pasainya langsung tak nampak dia berusaha nak menzahirkan 'keikhlasan' dia nak masuk PAS selama ni. Tambah-tambah pulak dia tu bekas KPN, yang orang PAS cukup menyampah.
Bukan payah sangat kalau nak menzahirkan 'keikhlasan' tu. Macam-macam dia boleh buat. Yang paling baik kalau dia berani hentam pemimpin Umno BN terutama sekali Najib Razak secara terbuka. Lagi cantik kalau dia boleh bagi bukti fizikal kerja hodoh Najib selama ni.
Nak lagi cantik kalau dalam masa yang sama dia mengaku apa-apa kesalahan atau kesilapan yang dia pernah buat sepanjang dia jadi ketua Polis Negara dan minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kalau dia boleh buat macam tu kut baru aku boleh sikit percaya, baru nampak dia 'layak' masuk PAS dengan title dia sebagai mantan Ketua Polis Negara tu. Kalau dia takdak pun buat apa-apa tindakan 'drastik' macam tu, baik tak payah terima la, takut mula-mula macam untung secupak tapi akhirnya rugi bergantang-gantang.
Tambah-tambah pulak Sinarharian melaporkan dia ada kata:
“Lagipun sama ada Pas ataupun Umno, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi. - Ibid.Lagi satu, elok la dia tak masuk PAS dalam masa terdekat ni. Kalau dia masuk PAS jenuh pulak nak kena tengok kerusi mana yang sesuai untuk dia bertanding. Dalam keadaan cukup ramai yang teringin dan berusaha untuk bertanding dan jumlah kerusi pulak terhad memang payah nak ada calon yang dah dinamakan dan dah diwar-warkan walaupun secara tak formal, sanggup bagi laluan untuk orang lain jadi calon.
Mungkin masih ada tapi payah sangat dah aku rasa nak jumpa jenis macam tu dalam PAS sekarang ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis