Lagi projek kaut duit terpaksa ditangguh takut kalah PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 31, 2012

Lagi projek kaut duit terpaksa ditangguh takut kalah PRU13

Kalau tak pasai takut hilang undi takkan BBNBC sanggup nak persoal benda ni. Persoal keputusan kerajaan ni sama taraf macam persoal keputusan Perdana Menteri. Bila persoal keputusan PM ada harapan la nak hilang peluang jadi calon lagi.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sebahagian ahli kelab itu mahu kerajaan menimbang dan memperhalusi pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES).

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi.

"Dalam BBCBN kita masih belum ada pendirian. Apa yang berlaku ialah ahli-ahli Parlimen menyuarakan pendapat setiap individu. Tidak ada mesyuarat khusus untuk kita membincangkan isu AES. - Sinarharian
Sebelum ni, GST terpaksa ditangguh pasai dapat bantahan rakyat. Pasai takut akan bagi kesan kepada sokongan kepada Umno BN dalam PRU13 nanti, GST terpaksa ditangguhkan.

Kali ni pun aku yakin satu lagi projek nak kaut duit rakyat akan terpaksa jugak Najib Rosmah tangguh kalau lebih kuat tentangan dari rakyat.

Kalau tak pasai takut hilang undi takkan BBNBC sanggup nak persoal benda ni. Persoal keputusan kerajaan ni sama taraf macam persoal keputusan Perdana Menteri. Bila persoal keputusan PM ada harapan la nak hilang peluang jadi calon lagi.

Tapi mungkin BBNBC tu fikir untuk apa jadi calon PRU13 kalau peluang untuk kalah dalam tangan sebab rakyat akan undi protes pasai AES ni. Dah la setakat ni pun dah banyak isu yang tak selesai, nak ditambah lagi pulak dengan isu AES.

Macam tu jugak dengan Pemuda Umno, kalau bukan takut pasai hilang undi takkan depa berani nak tentang keputusan kerajaan macam yang dilaporkan Sinarharian:
SHAH ALAM – Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini. - Sinarharian.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...