Dah takdak isu, depa tuduh Ketua Audit Negara tak reti buat kerja | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 30, 2012

Dah takdak isu, depa tuduh Ketua Audit Negara tak reti buat kerja

Dari sudut lain nampak macam depa nak kata pejabat Ketua Audit Negara bersekongkol dengan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya laporan audit untuk Pulau Pinang nampak cantik. Tak masuk akal sangat kut kalau nak dakwa sampai macam tu.

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang secara terperinci kerana angkanya meragukan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar. - Bharian.   
Kesian pulak aku tengok puak-puak ni, sampai hati depa kata Ketua Audit Negara tak reti buat kerja. Takkan la pejabat Ketua Audit Negara tak sedar kalau betul berlaku "creative accounting" yang boleh ubah pengurusan kewangan sampai Laporan Audit Negara boleh sebut
"Prestasi pengurusan kewangan juga telah menunjukan pencapaian cemerlang Jabatan Kewangan negeri dalam mengurus hal-ehwal kewangan negeri". - Roketkini
Aku memang tak pandai langsung bab ekonomi ni, jadinya nak ulas lebih-lebih pun tak patut sangat. "Creative accounting" tu apa benda pun aku tak berapa nak faham tapi dari laporan tu nampak macam "creative accounting" tu legal tapi tak berapa nak beretika.

Dari sudut lain nampak macam depa nak kata pejabat Ketua Audit Negara bersekongkol dengan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya laporan audit untuk Pulau Pinang nampak cantik. Tak masuk akal sangat kut kalau nak dakwa sampai macam tu. Nak spin pun agak-agak la sama.

Lagi satu, jugak sangat tak logik Najib Rosmah nak benarkan laporan audit tu dibentangkan di parlimen kalau ada "creative accounting" macam tu yang boleh bagi persepsi baik berlebihan untuk kerajaan Pulau Pinang.

Lagi tak logik kalau ada yang kata Najib Rosmah takdak kuasa supaya laporan audit tu ditulis semula supaya "creative accounting" tu dikomen dalam laporan audit tu.

Apa pun, aku tak rasa pengundi di Pulau Pinang akan termakan spin bangang beberapa orang wakil rakyat Umno ni, kalau yang nak percaya pun mungkin dikalangan ahli parti 'syaitan yang dikenali' saja... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...