Azalina Othman tolak pinangan orang Pengerang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 04, 2012

Azalina Othman tolak pinangan orang Pengerang?

Aku yakin ada yang sanggup nak ambik Azalina ni jadi bini terutama sekali dari kalangan orang Umno yang nak jalan singkat, terutama sekali jalan singkat nak jadi kaya. Walaupun kabel Azalina ni mungkin tak sekuat dulu  tapi kalau takat nak dapat tender atau projek, kabel Azalina ni masih boleh guna.

Nusajayakini melaporkan:
Menyentuh soal tajuk di atas, ia berkaitan soal pinangan dari penduduk Pengerang terhadap diri ‘si dara’ yang dimaksudkan. Pinangan kali ini berlainan. Pinangan dari penduduk Pengerang bukanlah atas dasar untuk mendirikan rumahtangga atau atas dasar ‘cinta’.

Tetapi, pinangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan isu debat. 8 Februari yang lalu, penduduk Pengerang yang diketuai oleh Taufik bin Tahir telah menghantar sepucuk surat sebagai syarat peminangan kepada Ahli Parlimen Pengerang untuk berdebat berkenaan isu tanah yang kini sedang kronik melanda kawasan tersebut.

Namun sehingga hari ini, Azalina Othman (Ahli Parlimen Pengerang) masih diam tidak memberi sebarang tindak balas terhadap hajat yang telah dilemparkan oleh penduduk tersebut. - Nusajayakini.
Bila aku terbaca tajuk artikel Nusajayakini tu mula-mula aku ingat mungkin betul ada orang Pengerang masuk meminang nak kahwin dengan bekas ketua Puteri Umno ni.

Aku yakin ada yang sanggup nak ambik Azalina ni jadi bini terutama sekali dari kalangan orang Umno yang nak jalan singkat, terutama sekali jalan singkat nak jadi kaya.

Walaupun kabel Azalina ni mungkin tak sekuat masa dia jadi Timbalan Menteri dan ketua Puteri dulu, tapi kalau takat nak dapat tender atau projek kebel Azalina ni masih boleh guna.

Cumanya aku tak yakin Azalina nak terima, kecuali la kalau sanggup guna 'mandrem' power punya.

Apa pun, berbalik kepada soal debat dengan penduduk pengerang tu, aku tak berapa yakin Azalina sanggup nak terima. Jatuh la standard dia kalau berdebat dengan 'tah sapa-sapa' tu. Lain la kalau berdebat dengan macam Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, baru kelas.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...