Apa pun yang Pakatan Rakyat buat, Umno BN tetap akan menang PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 30, 2012

Apa pun yang Pakatan Rakyat buat, Umno BN tetap akan menang PRU13?

Realitinya, walaupun kehadiran ke program Pakatan Rakyat semakin meningkat tapi jumlah kehadiran tu tak banyak mana kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi di situ. Itu belum ditolak lagi orang luar yang hadir.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Barisan Nasional (BN) menjangkakan untuk memenangi lebih daripada 140 kerusi parlimen yang mereka perolehi dalam pilihan raya 2008 walaupun serangan dan ceramah oleh Pakatan Rakyat (PR) seringkali mendakwa mereka boleh merampas Putrajaya dalam pilihan raya akan datang yang mesti diadakan pada penghujung April 2013, kata sumber dalam kerajaan.

Walaubagaimanapun, ahli politik BN mengaku tujuh kerusi parlimen di Sarawak dan enam di Sabah terdedah untuk PR menangi tetapi kubu kuat mereka di kawasan luar bandar kekal kukuh. - TMI.
Mungkn ramai ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat tak berapa nak boleh terima berita ni.

Memang pun kalau ditengok kepada sokongan rakyat, nampak macam PR boleh kalahkan BN dalam PRU13 nanti. Memang nampak jelas sokongan kepada Pakatan Rakyat memang semakin memberangsangkan.

Terutama sekali kalau ditengok sambutan kepada majllis ceramah Pakatan Rakyat yang memang dapat sambutan menggalakkan berbanding sebelum ni terutama sekali di negeri-negeri yang Umno cukup kuat sebelum ni macam di Johor.

Tambah-tambah lagi kalau tengok kepada sokongan pengundi cina, memang sangat-sangat tinggi untuk Pakatan Rakyat.

Macam jugak sokongan dari anak muda memang nampak meningkat terutama sekali kalau melibatkan aktiviti konvoi.

Cuma masalahnya, adakah sambutan menggalakkan tu cukup kuat dan boleh bagi kemenangan kepada calon-calon Pakatan Rakyat.

Realitinya, walaupun kehadiran ke program Pakatan Rakyat semakin meningkat tapi jumlah kehadiran tu tak banyak mana kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi di situ. Itu belum ditolak lagi orang luar yang hadir.

Maksud aku, keputusan pilihanraya masih lagi bergantung kepada sokongan 'silent voters' yang jumlahnya memang melebihi jumlah ahli dan penyokong tegar BN dan PR.

Yang lebih jadi masalah kepada pembangkang biasanya 'silent majoriti' ni cenderung untuk mengekalkan 'status quo'.

Persoalan sekarang ni, cukupkah apa yang Pakatan Rakyat dah dibuat selama ni untuk 'touch' silent voters ni dalam usaha untuk pujuk depa tolak calon BN dan undi calon Pakatan Rakyat?

MalaysianInsiders juga melaporkan:
Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri untuk dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Senario terburuk adalah hanya memenangi lebih 120 kerusi tetapi kami yakin mendapat seberapa banyak seperti yang kita lakukan pada tahun 2008 jika tidak lebih,” kata seorang pegawai kanan BN kepada The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa kiraan mereka belum mengambil kira kesan lain pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Januari depan di mana isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3, 000 sebulan akan mendapatkan bantuan one-off secara RM500 tunai.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan keyakinan bahawa parti pemerintah akan melakukan dengan baik seperti tahun 2008 dalam satu ceramah baru-baru ini dengan Kelab Wartawan Asing Malaysia walaupun terdapat keresahan atas kerusi berisiko dalam “deposit tetap” negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Difahamkan bahawa BN menjangkakan untuk kehilangan beberapa kerusi yang dipegang oleh empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan gabungan tersebut manakala sentimen pengundi bandar Cina di Sarawak boleh menyebabkan kerusi tersebut dirampas PR. - Ibid.
Tambah-tambah lagi kalau diambil kira kerja buat agensi kerajaan yang memang sentiasa bersedia untuk beraksi macam 'si anjing Umno' terutama sekali SPR yang tentunya dah buat kerja untuk pastikan Umno BN kekal berkuasa selepas terkejut dengan tsunami politik PRU12 dulu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...