Kerajaan PAS Kelantan masih gagal 'tarbiah' MAIK walaupun dah perintah lebih 20 tahun? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 28, 2012

Kerajaan PAS Kelantan masih gagal 'tarbiah' MAIK walaupun dah perintah lebih 20 tahun?

Ataupun, mungkinkah apa yang mamat tu cakap memang selari dengan undang-undang dan peraturan yang ujud semenjak parti 'syaitan yang dikenali' masih memerintah tapi masih digunapakai sampai hari ini.

Malaysiakini melaporkan:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyiasat dakwaan ada imam atau khatib yang tidak membaca teks khutbah yang diedarkannya termasuk khutbah khas Aidiladha tahun ini.

Setiausaha MAIK Che Mat Che Muda berkata pihaknya akan mengambil tindakan jika mereka yang dilantik oleh MAIK itu ingkar arahan dengan sengaja tidak membaca teks khutbah yang disediakan. - Mkini
Aku tak berapa nak boleh percaya masih ada lagi 'orang agama' yang jaga majlis agama di peringkat negeri tambah-tambah lagi negeri Kelantan yang masih anggap wajib 'baca' khutbah.

Syarat sah solat jumaat dan solat hariraya adalah berkhutbah, tak kira la nak baca teks atau pun takmau badca teks, janji semua rukun khutbah dipenuhi. Macamana pulak boleh jadi salah berkhutbah tak baca teks?

Aku tak pasti nak salahkan sapa, sama ada kegagalan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan memberikan kefahaman sebenar kepada kakitangan yang kerajaan negeri bayar gaji atau pun nak salahkan Umno yang yang Dr. Mahathir kata 'syaitan yang dikenali'.

Tak patut sangat kut kalau kita salahkan syaitan walaupun memang kerjaya syaitan buat kerja salah. Rasanya semua orang setuju kita lebih patut salahkan diri sendiri bila kita kalah dengan tipu daya syaitan.

Yang bagi lebih mencucuk mata bila Malaysiakini juga melaporkan:
Beliau mengulas dakwaan ada imam atau khatib di negeri ini yang membaca khutbah berbau politik dan boleh mengelirukan umat Islam yang disediakan pihak lain.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali turut mengecam Dewan Ulama PAS Kelantan yang didakwa masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang dianggap mengelirukan dan menanam bibit kebencian terhadap pemimpin negara. - Ibid.
Takkan kut Kerajaan negeri yang bayar gaji mamat ni tak boleh buat apa-apa untuk betulkan pemahaman mamat ni yang setakat yang aku faham cukup tak selari dengan hukum..

Kalau pun mungkin tak boleh nak betulkan kefahaman mamat ni pasai mungkin dia ahli parti 'syaitan yang dikenali' takkan tak boleh 'buat apa-apa' supaya tindakan Setiausaha MAIK sentiasa selari dengan kefahaman Islam yang Kerajaan Negeri pimpinan PAS nak terapkan.

Ataupun, mungkinkah apa yang mamat tu cakap memang selari dengan undang-undang dan peraturan yang ujud semenjak parti 'syaitan yang dikenali' masih memerintah tapi masih digunapakai sampai hari ini.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...