Anwar dah sedia nak bagi jawatan MB Selangor kat Azmin Ali? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 30, 2012

Anwar dah sedia nak bagi jawatan MB Selangor kat Azmin Ali?

Cuma yang aku mushkilnya, takkan Azmin Ali takat nak jaga Selangor ja, takkan dia tak teringin jadi menteri  kanan di peringkat pusat. Pasainya aku pernah dengar orang PKR kata selepas Anwar ibrahim, Azmin Ali yang paling layak jadi Perdana Menteri. 

Harakahdaily melaporkan:
PERDANA Menteri menunggu Datuk Seri Anwar menobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik dengan segala hujahnya.

Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.

Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua. - Hrkh.  
Bukan petikan macam yang kat atas ni yang Azmin Ali tunggu-tunggu, bahkan kalau Azmin terbaca tak mustahil dia rasa lebih sakit hati.

Kalau baca setakat petikan tu memang nampak macam angan-angan dia nak jadi Menteri besar Selangor terpaksa ditangguh lebih lama lagi.

Yang dia tunggu-tunggu tercatit diakhir laporan tu:
Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim. Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.

Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.

Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.

Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya. PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.

Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya. - Ibid.
Satu petikan yang cukup ditunggu-tunggu yang tentu bagi Azmin rasa sangat selesa.

Sapa lagi yang paling layak dilantik jadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim kalau bukan Pengerusi MPN PKR Selangor.

Yang tentu bagi dia lebih selesa bila dia tak perlu risau untuk jadi sehebat Khalid Ibrahim dimata rakyat pasai Anwar sendiri pun tak mengharapkan pengganti Khalid Ibrahim nanti sehebat Khalid Ibrahim.

Cuma yang aku mushkilnya, takkan Azmin Ali takat nak jaga Selangor ja, takkan dia tak teringin jadi menteri  kanan di peringkat pusat. Pasainya aku pernah dengar orang PKR kata selepas Anwar ibrahim, Azmin Ali yang paling layak jadi Perdana Menteri.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...