SPR tiba-tiba pusing 180º bersungguh-sungguh nak buat pulak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 09, 2012

SPR tiba-tiba pusing 180º bersungguh-sungguh nak buat pulak?

Macamana dari keadaan bersungguh-sungguh takmau sampai tahap walaupun terpaksa gunakan alasan bangang tiba-tiba boleh jadi setuju pulak. Tentu punya ada udang di sebalik batu.

Malaysiakini melaporkan:
Pindaan peraturan mengenai pilihan raya bersabit pemilih di luar negara menjadi pengundi pos akan dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu adalah syarat tambahan yang menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanahair sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos. - Mkini.  
Sebelum ni memang banyak pihak dah menjerit pasai isu ni sampai tahap ditubuhkan satu NGO khas MyOverseasVote untuk tangani isu ni.

Setakat ni hanya kakitangan kerajaan dan penuntut diluar neraga bersama pasangan depa saja yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi pos, selain dari tu tak layak  dan kalau nak mengundi kena balik mengundi di Malaysia.

Dipihak SPR pulak, pengerusinya sebelum ni memang nampak sungguh bersungguh-sungguh takmau jugak bagi warganegara Malaysia yang duduk di luar negara boleh mengundi termasuk sampai tahap bagi alasan bangang.

Antara alasan paling bangang dari pengerusi SPR, dia kata depa-depa yang duduk diluar negara tu taktau keadaan dan perkembangan sebenar dalam negara.

Selain tu SPR juga guna alasan kos yang mahal untuk pengundi pos luar negara danbagi contoh untuk seorang pengundi di Amerika Syarikat kos untuk hantar 1 kertas untuk adalah AS$70 (RM217) (Ibid)

Aku memang dari dulu sokong warganegara Malaysia di luar negara dibagi peluang untuk mengundi melalui undi pos tapi bila tiba-tiba SPR boleh pusing 180º jadi setuju pulak ni aku mula jadi sangsi.

Macamana dari keadaan bersungguh-sungguh takmau sampai tahap walaupun terpaksa gunakan alasan bangang tiba-tiba boleh jadi setuju pulak. Tentu punya ada udang di sebalik batu.

Harian metro melaporkan:
PUTRAJAYA: “Kebanyakan penuntut Malaysia yang belajar sepenuh masa dan kakitangan awam bertugas di luar negara tidak berminat mendaftar sebagai pengundi,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila hanya 2,400 rakyat Malaysia di luar negara berdaftar sebagai pengundi, walaupun jumlah mereka mencecah ratusan ribu ketika ini.

“Pelajar sepenuh masa dan pasangan serta kakitangan awam dan pasangan yang berada di luar negara dilihat tidak memberi maklum balas (untuk mendaftar). Sekarang baru ada 2,400 saja, berbanding ratusan ribu yang ada ketika ini. - HMetro.
Kalau sampai sekarang cuma 2,400 orang saja yang mendaftar maknanya memang ramai sungguh yang tak mendaftar.

Sebelum ni aku ada publishkan komen seorang penuntut luar negara yang tak mau mendaftar pasai tak yakin dengan ketelusan undi pos.

Jadinya aku berani kata 2,400 orang yang dah mendaftar tu hampir semua penyokong Umno BN.

Bangang sangat la kut Umno BN melalui pegawai SPR yang bermentaliti 'si anjing Umno' kalau nak lepaskan kelebihan ni. Tu tak termasuk lagi peluang yang ada untuk memanipulasi undi pos tu.

Yang aku mushkilnya, pasai apa sampai sekarang aku belum jumpa lagi komen pasai isu ni dari mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat. Takkan nak tunggu Anwar buat statement dulu baru kalut semua orang nak ikut kut.

Harakahdaily melaporkan:
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu bertanya soalan tambahan, mahukan penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung langkah segera yang diambil terhadap cadangan membenarkan pengundi di luar negara mengundi.

Dalam jawapannya, VK Liew berkata, kerajaan masih dalam proses mempertimbangkan cadangan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meminda peraturan bagi membenarkan pengundi di luar negara mengundi. - Hrkh.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...