Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook semalam menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam di Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
"Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 19-2602344," kata Ku.
Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baru' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. - Mkini.
Untuk tengok gambar-gambar tu boleh bukak facebook Polis KL.
Bab pijak gambar pemimpin ni aku memang dari dulu tak sokong, bukan kata gambar pemimpin tapi gambar sapa pun aku memang tak setuju.
Tambah lagi la kalau dah sampai tahap tayang bontot dikhalayak ramai macam tu, memang sangat-sangat tak sesuai.
Tah apa yang depa seronok sangat boleh pijak gambar Najib aku pun taktau. Takdak untung apa pun kalau setakat boleh pijak gambar macam tu, lain la kalau dengan pijak gambar Najib tu boleh menjatuhkan Najib. Kut-kut kalau pijak Najib tu boleh bertambah undi dalam PRU13 nanti ok la jugak.
Pada aku tindakan pijak gambar Najib tu tak lebih dari aktiviti syok sendiri. Malah tak mustahil dengan depa pijak gambar Najib tu undi untuk Najib pada PRU13 nanti akan bertambah, mungkin Najib dapat tambahan undi simpati.
Patutnya kemarahan depa tu diterjemahkan dalam bentuk lain yang boleh tambah undi untuk menjatuhkan Najib dan regim Umno BN dalam PRU13 nanti.
Belambak dok ada benda yang boleh dibuat untuk tambah undi bagi Najib dan regim Umno BN tumbang masa PRU13.
Apa pun, aku rasa episod pijak gambar Najib ni tak kemana. Walaupun pihak polis KL dah paparkan gambar orang yang dikehendaki tu aku rasa, tindakan tu cuma sampai ke tahap siasatan ja.
Pasainya pada aku tindakan tu tak lebih sekadar tindakan politi, untuk cari simpati untuk Najib dan dalam masa yang sama untuk memburukkan gerakan BERS✔H.
Labih kurang macam masa BERS✔H 3.0 dulu jugak la kut. Bersungguh-sungguh polis KL keluarkan tah berap puluh keping gambar tapi akhirnya senyap sunyi.
Kalau sampai ke tahap ambil tindakan undang-undang, aku rasa episod ni akan merugikan Umno BN balik. Pasainya kerja buat pijak gambar pemimpin ni bukan Najib saja yang kena, pemimpin Pakatan Rakyat dah kena sebelum ni.
Bukan setakat pijak gambar, gambar aksi kencing banner yang ada gambar pemimpin Pakatan Rakyat pun dah lama tersebat di internet.
Kalau Umno BN terlebih maiin isu ni, memang tak mustahil isu ni akan terpaling hanjap dan merugikan Umno BN balik.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis