Caw Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) yang tangkap saspek tunjuk punggung? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 04, 2012

Caw Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) yang tangkap saspek tunjuk punggung?

Malaysiakini melaporkan:
CHERAS: Polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat memijak gambar Perdana Menteri ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang akan dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

"Kami menerima maklumat mengenai tempat tinggal ibu bapa suspek sebelum menahannya di kolej. Polis turut bercakap dengan dua lagi saksi yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas tangkapan itu pada Selasa. - Mkini.  
Yang aku mushkilnya bila Bharian melaporkan:
Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Hasutan. - Bharian.
Aku memang jahil dalam bab undang-undang ni, jadinya minta sapa-sapa yang dalam bidang ni tolong la bagi sikit pencerahan, macamana kes penghinaan macam tunjuk bontot tu boleh dikaitkan dengan Akta Hasutan.

Yang lagi aku peningnya bila Bharian melaporkan:
Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Md Hassan. - Ibid.
Pasai apa pulak yang tangkap tu dari Cawangan D7. Takkan kut pasai tunjuk punggung tu dikira sebagai buat maksiat kut, tak berapa nak logik pulak dan macam tak berapa nak relevan bila D7 tangkap untuk kes di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ni Bernama melaporkan:
Mohd Bakri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan di balai-balai polis berhampiran. - mStar.
Malaysiakini pulak melaporkan:
Sebelum ini, Polis Diaraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera "baru" Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Aku taktau la apa persepsi orang lain tapi aku nampak macam pihak polis pun pening macamana nak handle kes ni. Pasai tu sebelum ni aku tulis "Tindakan polis KL cuma sekadar tindakan politik?"

Mintak tolong la sapa-sapa yang berkenaan, tolong bagi pencerahan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...