RAPID Pengerang musnahkan 10 kampung, 6 masjid, 13 sekolah, 18 kubur dan lain-lain. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 27, 2012

RAPID Pengerang musnahkan 10 kampung, 6 masjid, 13 sekolah, 18 kubur dan lain-lain.

Harakahdaily melaporkan:
“Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang,” katanya.

Kata beliau, sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. - Hrkh.
Nampaknya, projek RAPID Pengerang ni bukan saja tinggi kosnya dari kewangan tapi harga yang perlu dibayar dari sudut sosial juga cukup tinggi.

Kalau dah memang takdak tapak lain mungkin boleh diterima tindakan merampas tanah rakyat untuk projek pembangunan macam ni, tapi realitinya Johor bukannya macam Singapura ataupun Pulau Pinang yang tanah sangat terhad.

Malah Harakahdaily ada melaporkan:
Pengerusi Mantap, Salahuddin Ayub berkata tanah milik kerajaan negeri yang terletak hanya 10 kilometer dari tanah penduduk itu lebih luas dan tiada sebarang pembangunan dilakukan.
"Mengapa kerajaan negeri tidak menggunakan tanah tersebut untuk projek Rapid ini, sebaliknya mengambil tanah penduduk yang mengakibatkan mereka kehilangan segala-galanya," soal beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini. - Ibid.
Dah la macam tu, nilai pampasan yang dibayar pulak rendah, cuma RM2.80 sekaki persegi walaupun projek RAPID Pengerang tu bakal menelan belanja RM68billion.

Jadinya, kepada semua yang berkesempatan dan boleh melapangkan masa, harap boleh turun ramai-ramai hari Ahad ni ke Pengerang untuk menzahirkan sokongan kepada penduduk kampuna yang terlibat macam poster kat bawah ni.



"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...