Kerja depa tabur, tugas kita kutip? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 27, 2012

Kerja depa tabur, tugas kita kutip?

Nampaknya geng penchachai Umno BN dah semakin aktif tabur risalah fitnah. Lagi dekat dengan pilihantaya nanti lagi banyak risalah fitnah depa akan tabur.

Tambah-tambah dalam keadaan Umno BN sungguh-sungguh bekerja nak pastikan depa tak kalah, lagi banyak la yang sanggup melabur, sponsor percetakan dan pengedaran risalah fitnah ni. Dengan harapan kalau Umno BN menang lagi depa boleh kutip balik modai depa beserta untung berlipat kali ganda melalui rasuah dan penyelewengan kontrak dan peruntukan kerajaan.
Aku cukup sokong apa yang blogger Bancuh buat:
ringkasnya, aku ambik semua warta dan buku tu, masuk dalam kereta..... balik aku buang dalam tong sampah...... hahahahaha..... padan dgn tong sampah saja baca.... - Bancuh.
Kalau tengok risalah fitnah macam tu berlungguk di tepi jalan, di bus stop, di masjid atau di mana-mana tempat awam, jangan takut dan segan, kutip semua bawak balik rumah dan buang dalam tong sampah.

Tak payah nak risau pasai takdak sapa nak berani marah, pasainya yang tabur risalah tu pun tak berani mengaku dia punya kerja. Tapi jangan la mamat yang bubuh tu masih ada kita terus pi kutip, tunggu la depa blah dulu.

Tak payah nak kalut pi lungguk kat markas pulak. Dah jadi satu kerja pulak puak-puak yang selalu mengimarahkan markas nak kena baca risalah tu.

Dibuatnya pulak ada yang bawak balik, habih dengan anak bini depa pun baca dan tercapai la tujuan risalah fitnah ditabur. Secara tak langsung kita pulak tolong sebarkan risalah tu.

Kalau rajin sikit, simpan satu salinan dan serahkan terus kepada bilik gerakan UPU atau MTD, kut-kut depa nak buat tindakan susulan.

Ringkas ceritanya, kalau jumpa risalah macam tu di tempat awam, tolong kutib, bawak balik dan masukkan dalam tong sampah.

Sumber imej: Blog Bancuh


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...