Mungkinkah spesis 'katak' akan muncul di UM? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 27, 2012

Mungkinkah spesis 'katak' akan muncul di UM?

Malaysiakini melaporkan:
Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula di dua fakulti yang mencatatkan keputusan seri dalam pilihan raya kampus itu, esok.

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar memberitahu bahawa Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon bersetuju pengundian semula diadakan di fakulti pendidikan dan fakulti sains komputer dan teknologi maklumat. - Mkini.  
Juga dilaporkan:
Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) menang tipis dengan penguasaan 20 kerusi, manakala Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) mendapat 19 kerusi, sementara calon Bebas meraih 2 kerusi. - Ibid.
Kalau calon bebas yang menang tu ada mentaliti macam Ibrahim Ali yang sewaktu dengannya, sekarang ni adalah masa yang cukup baik untuk 'buat duit'.

Dengan kesungguhan penchachai Umno BN nak pastikan pro-Aspirasi menguasai Pilihanraya Kampus (PRK) kali ni, tentu punya ada yang sanggup bayar calon bebas yang menang tu. Malah aku yakin, bukan setakat calon bebas, calon pro-M pun akan cuba dibeli.

Tambah-tambah kalau keputusan pengundian semula nanti berpihak kepada calon pro-M atau pun seri, calon pro-M menang satu kerusi dan calon pro-Aspirasi menang satu lagi kerusi, tentu punya harga lebih tinggi.

Kalau tanya aku, akupun tak reti nak agak berapa harga yang patut diletak. Kalau ahli parlimen boleh mencecah jutaan ringgit, diperingkat PRK mungkin boleh tahap takat puluhan ribu kut.

Cumanya, aku yakin takdak calon pro-M dari PMI dan yang sewaktu dengannya yang menang yang akan melompat walaupun takdak bai'ah cerai bini macam calon PRU2008.

Berkaitan
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...