PAS hari ini memperjelaskan tindakan Majlis Syura tidak membincangkan kontroversi sekitar bekas timbalannya Nasharudin Mat Isa atas prinsip "sabahat" tidak harus dilayan seperti musuh.
"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.
"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh.
"Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza," kata ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Mkini.
Dalam isu tindakan Majlis Syura' ke atas Ust Nasha yang 'berijtihad' langsung tak bincang isu Ust Nasha dalam menyuarat Majlis Syura' pada Ahad lepas, aku cuba untuk wala' dan thiqah dengan tindakan Majlis Syura' tu.
Walaupun tahap wala' dan thiqah aku dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS dari segi politik semakin menipis tapi dengan institusi Majlis Syura' aku cuba untuk terus kekalkan thiqah dan wala' aku pada tahap tertinggi.
Memang mungkin ada betulnya kalau ada yang berpendapat keputusan Majlsi Syura' tu ditentukan oleh beberapa orang pimpinan tertinggi PAS tersebut tapi pada aku Majlis Syura' tu sebagai satu entiti ada geruh tersendiri.
Aku amat-amat yakin Majlis Syura' sebagai entiti tertinggi dalam parti ada geruh tersendiri yang melangkaui kehendak dan perancangan peribadi ahli Majlis Syura'.
Aku cukup tertarik dengan mantiq 'sahabat' yang Majlis Syura guna. Cumanya aku harap Majlis Syura' dah ambil kira realiti sejarah yang ramai tokoh besar yang tak mampu dikalahkan oleh musuh kecuali dengan kerjasama orang dalam.
Apa pun, aku harap Majlis Syura' dah ambil sama perhitungan politik masa buat 'ijtihad' tu.
Aku harap-harap sangat 'sahabat' PAS tu tak tikan PAS dari belakang disaat-saat kritikal masa kempen PRU13 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis