Hishamuddin nak bagitau yang dia sokong politik ganas? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 15, 2012

Hishamuddin nak bagitau yang dia sokong politik ganas?

Keadilandaily melaporkan:
SKUDAI 15 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh.

“Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor.

“Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa.

“Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?” katanya. - KD.
Semalam Malaysiakini melaporkan:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan." - Mkini.
Aku sangat-sangat tak faham apa maksud 'risiko' yang Hishamuddin maksudkan tu. Takkan kut menteri dalam negeri yang jaga polis ni nak bagitau kita yang dia sokong dan menggalakkan politik ganas.

Nasib baik mamat yang ugut “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol” tak cukup gila, sungguh-sungguh 'tunggu'. Kalau mamat tu betul-betul tunggu dengan pistol dan ada yang terkorban pasai pistol tu, takkan masa tu pun Hishamuddin berani nak kata insiden macam tu pun pasai 'politik adalah berkaitan risiko'?

Mungkin patut jugak sekali-sekala Pakatan Rakyat 'layan' cara politik ganas puak-puak penchachai Umno BN ni. Teringin jugak aku nak tengok macamana cara puak-puak penchachai ni 'congak risiko'.

Malaysiakini juga melaporkan:
Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya. - Mkini.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...