Polis sabotaj Program Transformasi Politik yang Najib banggakan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 07, 2012

Polis sabotaj Program Transformasi Politik yang Najib banggakan?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Dua orang lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka minggu lalu ditahan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Kedua-dua lelaki yang ditahan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan, tambah Aziz lagi.

“Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya. - TMI.
Mula-mula sekali macam yang selalu aku tulis, aku memang 'jahil' pasai undang-undang. Walaupun 'jahil' aku teringin sangat nak tengok macamana rupa Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan tu.

Pasainya pada aku macam tak berapa nak relevan tindakan kibar bendera Sang Saka tu nak dikaitkan dengan aktiviti menghasut. Aku tak nampak apa bahayanya kalau ada cadangan nak tukar bendera pun.

Kalau depa hasut supaya orang hina bendera Malaysia sesuai la kut disiasat dibawah Akta Hasutan, ni depa cuma sekadar kibarkan bendera Sang Saka di malam merdeka berhampiran Dataran Merdeka dalam himpunan Janji Merdeka.

Hasil carian dengan google aku jumpa Akta Hasutan kat Portal of the Attorney General's Chambers of Malaysia yang aku kopipes kat bawah ni.


Sumber:Akta Hasutan

Yang aku munshkil awat nampak macam tak betul ja apa yang aku kopipes tu pasainya kalau tengok Seksyen9(1)(a) kat atas tu rupa dia macam kat bawah ni


Apa kejadah pulak cerita pasai gantung akhbar, depa berdua tu kibar bendera bukannya kibar suratkhabar.

Jadinya kepada pihak-pihak yang berkenaan, tolong la tunjuk macammana rupa sebenar Seksyen9(1)(a) yang nak diguna untuk siasat kedua-dua saspek tu, aku yakin ramai yang nak tengok macamana rupa seksyen tu.

Itu satu hal, lagi satu hal yang aku mushkil, apa kejadahnya polis masih lagi nak guna Akta Hasutan padahal Akta Hasutan ni dah nak habih jangka hayat.

Bulan April lepas Utusan ada melaporkan:
KUALA LUMPUR 11 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru serta memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Selain itu, kata Perdana Menteri, turut dikuatkuasakan serta-merta adalah pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Beliau berkata, keputusan tersebut adalah untuk melengkapkan fasa pertama Program Transformasi Politik (PTP). - Utusan.
Memang la tarikh luput Akta Hasutan tu belum sampai lagi pasai Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan tu belum pun lagi dibentangkan di parlimen.

Cumanya, dengan masih guna pakai akta yang dengan bangganya Najib kata nak mansuhkan nampak macam polis semacam nak meremehkan agenda Program Transformasi Politik (PTP) yang Najib banggakan tu.

Kesian Najib, sungguh-sungguh bentangkan Program Transformasi Politik dengan tujuan untuk mekap bagi rupa kerajaan nampak baik dan tak ganas untuk PRU13 tiba-tiba usaha Najib tu semacam disabotaj oleh pihak polis semata-mata untuk menghukum 2 pemuda yang cuma kibarkan bendera Sang Saka masa depa sambut Hari Kebangsaan.

Ataupun, mungkinkah kerajaan tak jadi nak mansuhkan Akta Hasutan pasai depa rasa akta warisan zaman penjajah tu masih diperlukan untuk pastikan Umno BN tak kalah dalam PRU13 nanti?

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...