Semua tahanan ISA bakal dibebaskan sebelum PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 16, 2012

Semua tahanan ISA bakal dibebaskan sebelum PRU13?

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 15 Ogos: Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk tahanan akan dibebaskan menjelang Aidilfitri.

“Masih belum wujud tanda-tanda 45 tahanan akan dibebaskan sebelum hari raya yang semakin hampir.

“Biasanya ini merupakan ‘trend’ kerajaan dan mereka akan bebaskan dua atau tiga orang sebelum raya, tapi sehingga sekarang masih belum ada perkembangan yang diperolehi,” kata Syed Ibrahim ketika dihubungi. - KD.   
Kalau macam tu 'trend' kerajaan sebelum-sebelum ni, tentu ada muslihat atau perancangan lain pasai apa Menteri Dalam Negeri tak ikut tren tu.

Lagi pun sangat tak relevan 45 orang tu masih ditahan dibawah ISA sedangkan undang-undang ISA dah lama dimansuhkan dan dah digantikan dengan undang-undang lain. Tentu ada tujuan lain pasai apa tahanan ISA tu masih belum dibebaskan.

Aku yakin 45 tahanan ISA tu sengaja disimpan untuk tujuan yang lebih penting. Apa lagi yang lebih penting dari Hari Raya melainkan pilihanraya.

Aku rasa Najib akan arahkan Menteri Dalam Negeri supaya bebaskan semua tahanan ISA sebelum parlimen dibubarkan.

Dalam keadaan persepsi ke atas Najib dan kerajaan cukup teruk sekarang ni, Najib tentu bersedia untuk gunakan apa saja peluang yang ada untuk memperbaiki persepsi tu.

Sesuai dengan sifat 'melayu mudah lupa' macam yang pernah Dr. Mahathir kata sebelum ni, tak guna pun kalau tahanan ISA tu dibebaskan awal. Cerita pasai pembebasan tu takkan bertahan lama tak kira walauu dispin tiap hari pun.

Jadinya mungkin Najib akan tunggu sampai hampir ke tarikh dia nak bubarkan parlimen sebelum kesemua tahanan ISA tu dibebaskan.

Kalau pun mungkin pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih ditahan tu tak boleh bagi kesan yang besar persepsi paling kurang pun pembebasan tu boleh dispin untuk dapat sikit undi simpati. Untuk PRU13 nanti tak macam PRU sebelum-sebelum nni, satu undi pun sangat penting untuk Umno BN untuk pastikan Umno BN tak tewas dan akhirnya berkubur.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...