Awat Ketua Pemuda PAS Pusat masih nak berlembut dengan Ust Nasha? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 16, 2012

Awat Ketua Pemuda PAS Pusat masih nak berlembut dengan Ust Nasha?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa datang bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan PAS.

"Saya menggesa supaya Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. - Hrkh.    
Pada aku kenyataan yang lembut macam tu sangat tak sesuai keluar dari mulut Ketua Pemuda PAS. Langsung tak melambangkan ciri-ciri dan sifat kepemudaan.

Nada lembut penuh hati-hati macam tu mungkin sesuai kalau datangnya dari Dewan Ulama' yang bersifat murabbi ataupun Dewan Muslimat yang bersifat keibuan. Malah aku tak terkejut kalau Ketua Dewan Muslimat atau Pengerusi Ameerah  keluarkan kenyataan yang lebih keras dari kenyataan Ketua Pemuda PAS ni.

Dewan Pemuda PAS sepatutnya jadi pendesak kepada parti, pendekatan berlembut terutama dengan pihak yang mencabar parti sangat tak sesuai dengan pemuda. Pemuda PAS Pusat patutnya bersikap keras mempertahankan pendirian dan keputusan parti tak kira dengan sapa pun termasuk Presiden PAS sendiri kalau perlu.

Ust Din Tantawi patutnya bersikap keras macam kenyataan Dewan pemuda PAS Kelantan yang lantang desak Ust Nasha supaya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Satu kenyataan yang pada aku cukup cantik dan sesuai dengan sifat kepemudaan. Aku yakin kalau orang macam Raja Iskandar atau Ust Ridwan Mohd Nor yang jadi Ketua Pemuda tentu punya berbeza nada dari Dewan Pemuda PAS Pusat.

Lagipun, sapa Ust Din Tantawi nak nasihat Ust Nasha supaya datang bertemu dengan pimpinan parti kalau ada yang dia tak puas hati. Tambahan pulak bukan baru sekali Ust Nasha buat perangai macam tu.

Takkan Ust Din Tantawi lupa yang Ust Nasha adalah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Majlis Syura' yang juga mantan Setiausaha Agung PAS yang kemudiannya dipilih sebagai Timbalan Presiden sebelum ditewaskan oleh Mat Sabu dalam pemilihan sebelum ni.

Satu kerugian yang sangat besar kalau orang muda berlagak nak jadi macam orang tua. Kalau nak bawak stail orang tua jangan duduk dalam Dewan Pemuda, pi duduk dalam Dewan Ulama'. Kalau Ketua Pemuda PAS Pusat terus macam ni jangan marah tak respek Dewan Pemuda.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...