Shuhaizam silap bila persoal kelayakan Mismah dapat warganegara | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 27, 2011

Shuhaizam silap bila persoal kelayakan Mismah dapat warganegara

Sidang Media DPP

Adakah Mismah layak mendapat status penduduk tetap?

Laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen(PR) di negara kita. Kenyataan beliau adalah seperti berikut :

"Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.

“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”

Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut :
http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahwa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki Entry Permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun. Kumpulan yang berkelayakkan untuk mendapat Entry Permit adalah seperti berikut :
  1. Kumpulan profesional.
  2. Anak kumpulan profesional di bawah enam tahun.
  3. Isteri kumpulan profesional.
  4. Mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara.
  5. Anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun.
  6. Kes-kes khas.
Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang di siarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian. Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47 tahun berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia. Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi 51 tahun juga mendapat status Penduduk Tetap. Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR. Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR.

Pemuda PAS berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu :
  1. Mismah bukan seorang perofesional
  2. Suami Mismah bukan seorang warganegara.
  3. Suami Mismah bukan seorang profesional
  4. Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara kita.
Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah ini kepada rakyat Malaysia.

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Bin Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011. Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen ? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara ?

Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda Pas sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini. Pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara. Pemuda Pas akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihanraya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Pemuda PAS Malaysia.
Ketua Pemuda PAS Johor.

Sumber: Pemuda PAS Malaysia

Komen aku:
Mushkil aku pasai apa pulak Suhaizan kata Mismah ni duduk sini tak sampai setahun pulak? Kan ka dia kata dia duduk sini 29 tahun termasuk 12 tahun berstatus PR.

Apa pun, Misbah ni tentu layak dalam kategori kes-kes khas. Khas untuk menjayakan misi Umno merampas Selangor.

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...