Pemuda PAS terus menyatakan kebimbangan mereka terhadap sistem pilihan raya, kali ini ekoran jumlah besar pemegang kad pengenalan dengan kod 71 - yang didakwa tidak diketahui negara asal kelahirannya.Macam yang pernah aku tulis sebelum ni, memang JPN ada ujudkan untuk setiap negara kod khas dan memang dalam laman web JPN takdak cerita pasai kod negara '71' ni.
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (bawah) berkata, ini kerana berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendafaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasminya.
"Mengapa JPN menggunakan kod negara '71' sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri," katanya.
Terdapat seramai 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggunakan kod itu, katanya.
Dalam kenyatannya hari ini, merujuk kes kontroversi Mismah sebelum ini, Suhaizan berkata, wanita itu sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia 61 tetapi sebaliknya diberikan kod 71. - Mkini.
Kalau nak tengok senarai tu boleh tengok entry aku sebelum ni yang aku salin dari web JPN, memang setiap negara ada kod khas, ada yang kod sendiri ada yang berkongsi negara.
Kalau tak silap aku, aku pernah dibagitau oleh seorang kakitangan JPN, kod '71' tu dibagi untuk anak warganegara yang dilahirkan diluar negara. Dan memang pun ada beberapa orang member aku yang MyKad depa guna kod '71' mengaku lahir di luar negara. Ada sorang bagitau dia lahir di Mekah dan sorang lagi bagitau dia lahir di Amerika. Dan depa ni memang diiktiraf sebagai warganegara.
Masa aku buat MyKad baru bulan lepas aku ada tanya kakitangan JPN pasai kod '71' ni. Dia bagitau kod tu untuk yang tak pasti negara kelahiran. Aku persoal pulak dia macamana boleh taktau negara kelahiran macam kes Mismah tu yang memang mengaku berhijrah dari Indonesia. pegawai JPN tu tak boleh jawab.
Takkan la ada lebih 170ribu orang yang tak pasti kat negara mana dia dilahirkan, langsung tak logik.
Aku cukup mushkil pasai apa orang macam Mismah pun di bagi kod '71' jugak. Padalah dia memang terang-terang sebelum ni warganegara Indonesia yang berhijrah ke sini, kemudian dapat status Penduduk Tetap sebelum dapat status warganegara.
Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan:
“Saya ikut peraturan, bukan macam apa yang orang lain cakap” katanya.Aku harap Suhaizan tekan JPN suruh depa jelaskan apa sebenarnya maksud kod '71' tu. Bukan setakat kenyataan mulut dari menteri tapi dapatkan penjelasan hitam putih dari JPN.
Mismah berkata, dia memasuki Negara ini pada 1982 untuk mencari kerja.
“Saya masuk secara sah, bukan tanpa izin,” katanya.
Tidak lama kemudian, kata Mismah, dia memohon taraf penduduk tetap (PR) dan diluluskan pada 17 Julai 1982. - Mkini.
Selagi maksud sebenar kod '71- tu masih jadi misteri selagi tu la status depa ni memang patut kita ragui.
Persepsi aku, semua ni memang mainan 'si anjing Umno' yang beraksi untuk memastikan Umno BN kekal memerintah. Digunakan kod '71' tu supaya payah nak trace 'pengundi hantu' yang depa bela.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis