Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli Parlimen Pasir Gudang Mohamed Khaled Nordin meminta supaya menteri besar Johor Abdul Ghani Othman menyegerakan kelulusan tanah kepada penduduk 10 buah kampung setinggan di kawasan parlimennya seperti dijanjikan adalah tepat.
Ghani semasa membentang Bajet pada 2003 telah berjanji untuk memberi milik tanah yang mereka terokai namun sampai sekarang masih belum tertunai. Kelambatan itu menimbulkan persoalan kepada Khaled.
Lebih 10,000 penduduk dikampung terbabit telah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang diterokai sejak 20 tahun hingga 100 tahun lalu. Adalah memalukan negeri Johor yang dianggap kubu kuat Umno tetapi agak liat untuk memberi tanah kepada rakyat. - Nusajaya.
Nampak sangat Menteri Pengajian Tinggi ni takut kalah dalam PRU13 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa saja lagi.
Tapi yang kesiannya tara Khalid Nordin pun boleh takut kalah tak heran la kalau ramai yang kata Johor bukan lagi kubu kuat atau fix-deposit Umno BN.
P159 PASIR GUDANG
Jumlah Pengundi: 72,862
Peratusan Kaum: M: 48.27% C: 39.84% I: 11.43%
1. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (BN) (35,849)
2. Md. Rizan Mohd. Saman (PKR) (18,588)
Majoriti: 17,261
Jumlah undi: 55,648
Peratus mengundi: 76.37%
Undi rosak: 1,211
Penyandang: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (BN)
(Majoriti: 31,120 undi)
Majoriti 17,261 undi tu, bukan kecik anak punya majoriti. Tapi kalau 10,000 penduduk yang terlibat tu tak undi dia dan undi calon lawan, memang besar la harapan dia untuk kalah.
Tambah-tambah pulak kalau dibandingkan dengan majoriti yang dia dapat masa PRU11 dulu, dekat setengan dah lagi. Kalau tak doleh selesai isu yang cukup besar macam ni boleh kata kompom la kut dia bakal kalah.
BTW, Pasir Gudang ni sapa bakal calon PKR? Ada peluang nak menang ni, rugi la kalau tak melobi... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis