Karpal tak faham hudud melambangkan kelemahan PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 25, 2012

Karpal tak faham hudud melambangkan kelemahan PAS?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Naib ketua dewan pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss berkata kenyataan Karpal Singh terhadap hukum hudud merupakan manifestasi kejahilan beliau terhadap bagaimana undang-undang Islam beroperasi secara keseluruhan.

Karpal antara lain mengatakan perlaksanaan hudud berkemungkinan tidak berupaya untuk mengurangkan jenayah bahkan mungkin menggalakkan lagi perlakuan jenayah disebabkan beban pembuktian yang tinggi diperlukan bagi menyabitkan sesuatu kes jenayah di bawah hukum hudud.

“Justeru, berdasarkan kenyataan tersebut Karpal mungkin beranggapan seseorang pelaku jenayah itu akan dilepaskan begitu sahaja sekiranya kes pendakwaan gagal membuktikan kes menurut beban pembuktian yang diperlukan bagi sesuatu kes hudud.

“Di sini jelas kita melihat kekeliruan Karpal oleh kerana beliau melihat undang-undang Islam menurut kacamata sistem undang-undang jenayah yang diamalkan di negara kita. - TMI.  
Pada aku, bila Karpal Singh tak faham ataupun mungkin jugak buat-buat tak faham berkenaan undang-undang hudud ni, PAS adalah pihak yang paling patut dipersalahkan.

Dah berbelas tahun PAS berkawan rapat dengan DAP tapi ahli politik veteran DAP macam Karpal Singh pun nampaknya PAS masih tak mampu nak bagi faham pasai hudud, antara perkara yang PAS perjuangkan  sejak PAS mula ditubuhkan lagi.

Macam yang pernah aku tulis sebelum ni:
Sepatutnya dari dulu lagi TG Nik Aziz pi jumpa Karpal, bersembang 4 mata dengan tokoh DAP ni yang memang diketahui umum cukup 'out spoken' pasai konsep Negara Islam terutama sekali bab hukum hudud.

Dari dulu lagi aku dah sarankan supaya pimpinan utama PAS buat usaha rapat dengan pimpinan DAP. Kalau boleh sampai jadi kawan baik yang boleh jumpa bila-bila masa dan boleh telefon bila-bila masa termasuk tengah-tengah malam.

Pimpinan utama PAS patut buat contoh apa yang Mat Sabu buat dengan Lim Guan Eng. Pasai tulah, hampir tak pernah dengar kenyataan dari Guan Eng yang menyusahkan PAS, pasainya Guan Eng katanya sentiasa mintak nasihat dari Bang Mat Sabu dalam banyak hal terutama sekali yang melibatkan kepentingan orang Melayu, Islam dan PAS.

Macam tu jugak di pihak Muslimat dan Pemuda, kena pi rapat dan buat kawan dengan peminpin pemuda dan wanita DAP. - Ibid.
Aku cukup yakin kalau pemimpin-pemimpin PAS betul-betul jadi kawan rapat kepada pemimpin-pemimpin DAP, takkan timbul polemik antara PAS dan DAP dalam isu hudud ni.

Macam yang selalu pemimpin PAS cakap, antara kebaikan 'tahaluf siyasi' adalah ruang lebih terbuka untuk PAS berdakwah termasuk dengan DAP. Cuma yang aku mushkilnya berapa ramai pemimpin PAS yang ada misi peribadi berdakwah dengan pemimpin-pemimpin DAP tu.

Semalam Malaysiakini melaporkan:
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menganjurkan sebuah seminar bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada orang ramai mengenai hukum hudud.

Katannya, seminar yang masih diperingkat perancangan itu bukan sahaja memfokuskan mengenai hukuman hudud tetapi turut akan membincangkan mengenai perlaksanaan syariah yang lain.

''Kita akan anjurkan satu seminar untuk memberi kefahaman bukan sahaja khas tentang hudud sahaja tetapi lebih pelaksanaan syariah lain.

''Dalam syariah, untuk menjatuhkan hukuman terbahagi kepada tiga, qisas, hudud dan takzir jadi kita akan bincang perkara itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. - Mkini.
Patutnya seminar macam ni dah lama PAS buat, malah PAS perlu buat dari semasa ke semasa, bukan bila dah nak bubar parlimen dan timbul isu pasan hudud macam sekarang ni ja.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...