PUTRAJAYA, 25 Ogos — Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008. - TMI.
Sebelum-sebelum ni kita selalu sangat dengar komen dari Dr. Mahathir dan komen-komen dari Dr. Mahathir tu memang nampak sangat yang dia tak berapa nak yakin dengan Najib.
Malah komen Dr. Mahathir yang terbaru cukup jelas menunjukkan yang Dr. Mahathir sangat tak yakin dengan kemampuan Najib sampai sanggup Dr. Mahathir kata "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal"
Sampai tahap Dr. Mahathir sendiri terpaksa mengakui yang Umno BN macam syaitan.
Tapi, pada aku, tu takdak apa sangat pasainya Dr. Mahathir memang jenis macam tu, cuka cakap ikut suka dia.
Tambah-tambah pulak dia sendiri pun sampai digelar Mahafiraun masa dia berkuasa dulu, satu gelaran yang lebih buruk dari syaitan. Sejahat-jahat syaitan dia tetap mengaku Allah sebagai tuhan tapi Firaun sampai tahap mengaku diri dia sebagai tuhan.
Tapi bila PakLah pun dah mula suarakan tak yakin dia dengan Najib maknanya prestasi Najib tentu sangat-sangat buruk.
Kalau tak, takkan PakLah nak perasan sampai sanggup keluarkan kenyataan macam tu sedangkan masa dia jadi PM dulu pun banyak benda yang berlaku disekeliling dia pun dia tak perasan sampaikan ada yang kata PakLah taktau apa pasai suka tidur.
Bila PakLah pun perasan ketidakemampuan Najib maknanya memang teruk sangat tahap ketidakemampuan Najib tu.
Kesian Najib, ingatkan Dr. Mahathir saja yang rasa tak boleh harap, rupa-rupanya PakLah yang Dr. Mahathir kata tak boleh harap masa jadi PM pun kata Najib tak boleh harap... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis