Lagi 5 hari ja tapi masih belum putuskan versi rasmi mana nak diguna? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 26, 2012

Lagi 5 hari ja tapi masih belum putuskan versi rasmi mana nak diguna?

Malaysiakini melaporkan:
Seorang pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengesahkan bahawa kerajaan menghasilkan enam versi logo Merdeka, namun belum memutuskan versi rasmi yang akan digunakan.

Laporan China Press menyebut, akhbar dan stesen televisyen baru-baru ini menampilkan enam versi logo Merdeka, yang menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Perkara itu timbul selepas kerajaan menarik balik logo asal yang menjadi sasaran kritikan berhubung ciri estetiknya.

Ketika dihubungi, seorang pegawai perhubungan awam kementerian itu mengesahkan bahawa kerajaan menghasilkan kesemua logo berkenaan namun proses pemilihan masih berjalan.

"Sehingga kini, kementerian kami masih belum memutuskan secara formal mengenai versi yang akan digunakan pada 31 Ogos." Mkini.  
Mushkil jugak aku pasainya sebelum ni Rais Yatim dah umumkan yang sambutan Hari Kebangsaan tahun ni takdak tema rasmi kecuali logo 1Malaysia.

Macamana pulak boleh sorang pegawai kementerian boleh kata kerajaan belum lagi pilih tema rasmi. Lagi 5 hari ja lagi, kalau pilih tema rasmi pun dah tak sempat nak buat apa dah kut.

Sebelum ni Rais Yatim sebenarnya dah pun umumkan logo rasmi Hari Kebangsaan ke-55 tapi terpaksa tarik balik pasai orang ramai memperlekeh logo tu.
Memang patut sangat orang ramai perlekeh logo tu pasai logo tu memang lekeh dan yang lebih teruk logo tu langsung tak nampak macam logo.

Yang lawaknya, Rais siap bagitau yang logo Hari kebangsaan akan bertukar setiap minggu, satu alasan yang paling bangang dalam cubaan untuk tutup kemaluan.


Nak gelak pun ada aku tengok klip video kat atas  ni,. Rais sendiri pun tak sanggup nak panggil logo tu sebagai logo, diturun taraf jadi gambar atau rajah saja.

Jatuh kesian pulak aku kat Rais Yatim ni, angan-angan dia nak gunakan sambutan Hari Kebangsaan ni sebagai kempen Umno BN untuk PRU13 hancur berkecai malah dah jadi 'back fire' pulak kepada Umno BN.

Cumanya, malu Rais ni tertutup sekejap bila Pakatan Rakyat pun tak berapa nak sepakat pilih tema hari kebangsaan.

Walaupun dah dipilih tema "Sebangsa, Sejiwa, Senegara" sebagai tema Hari Kebangsaan Pakatan Rakyat tapi negeri Kedah Kelantan dan Penang akan guna tema tu bersama tema depa sendiri atas alasan dah pilih tema sendiri lebih awal.

Apa pun, jangan lupa temujanji 30 Ogos ni dekat air pancut Dataran Merdeka jam 10 malam, sambutan Hari Kebangsaan versi Bersih, Janji Demokrasi dengan warna tema kuning.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...