Timbalan Pengerusi SPR ni nak buat aku lagi pening | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 10, 2012

Timbalan Pengerusi SPR ni nak buat aku lagi pening

Aku tak berpeluang tengok program  'Hello Malaysia' bertajuk ' SPR: Cabaran PRU 13' yang disiarkan oleh BernamaTV malam Isnin lepas, nak berkesempatan apanya kalau Astro dah lama potong. Jadinya aku taktau apa sebenarnya yang Timbalan Pengerusi SPR tu kata.

Tapi bila baca laporan Bernama macam yang dilaporkan mStar aku jadi lagi keliru, bukan lagi faham tapi lagi bertambah tak faham.

Aku tak pasti la sama ada Timbalan Pengerusi SPR yang cakap berbelit-belit atau wartawan Bernama yang silap lapor, tapi takkan kut wartawan Bernama boleh silap lapor pulak.
mStar melaporkan
[Sumber: mStar]
Sebelum ni MalaysianInsider ada melaporkan:
[Sumber: TMI]
Yang bagi aku pening bila mStar melaporkan Timbalan Pengerusi SPR kata:
Katanya, disebabkan Parlimen telah memutuskan supaya mereka turut diberikan hak mengundi, SPR telah berbincang dengan Wisma Putra dan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti hanya mereka yang direkodkan pernah pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam lima tahun dibenarkan untuk mengundi.

Wan Ahmad berkata apabila telah mendaftar, mereka yang berkenaan perlu memohon untuk mengundi pos bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya.

"Ini satu syarat yang boleh diterima kerana kalau dia hendak menentukan masa depan negara untuk mengundi dalam pilihan raya, kalau dia tidak pernah balik ke negara sendiri selama tempoh itu, bagi saya dia tidak berminat lagi untuk menjadi rakyat Malaysia," katanya. - Ibid.
Sedangkan dalam web SPR ditulis
[Sumber: SPR]
Ada sapa-sapa boleh bagi pencerahan?

Apa pun, macam yang aku pernah tulis sebelum ni, kebanyakkan yang tak daftar tu walaupun memang layak mendaftar tapi pilih untuk tak mendaftar pasai depa tak percaya kepada SPR, DEPA TAK PERCAYA KEPADA SISTEM UNDI POS.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...