Kempen penchachai Umno 'realiti sebenar Rosmah yang tak lupa diri' ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 10, 2012

Kempen penchachai Umno 'realiti sebenar Rosmah yang tak lupa diri' ?

Klpos dengan bangganya melaporkan:
KUALA LUMPUR 8 Julai - Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor 'lupa diri' dengan kekayaan yang dimilikinya kini ternyata berbeza realiti sebenar.

Situasi ini dapat dibuktikan pada Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.

Beliau (Rosmah) berkeras untuk makan menggunakan bekas makanan polistren walaupun urusetia ingin memberikan pinggan kepadanya.

Beliau makan dalam bekas polistren sama seperti dengan tetamu lain yang hadir pada program tersebut.

Selain itu, beliau juga kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan kaum wanita yang hadir dan kelihatan begitu mesra melayani mereka.

Sehubungan itu, bukti ini jelas menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang sering menyebarkan perkara yang tidak elok mengenai beliau. - Klpos.  
Siap bubuh gambar lagi...

Aku harap takdak orang Umno yang sanggup bawak gambar ni buat modai masa pi merayu undi di rumah orang PAS masa kempen PRU13 nanti. Bukan apa, takut depa malu sendiri ja. 

Kalau bawak pi rumah orang atas pagar boleh la kut, tapi elok pastikan dulu takdak orang yang boleh akses internet kat dalam  rumah tu. Takut nanti taktau mana nak sorok muka kalau ada yang keluar gambar macam kat bawah ni.

[Sumber: Facebook]
Tak payah la kut banding dengan gambar bawah ni atau lain-lain gambar yang lebih 'ikhlas' menunjukkan orang yang semua orang setuju tak lupa diri.

[Sumber: Facebook]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...