Apa masalahnya kalau Utusan kata DAP nak bertanding berapa kerusi pun? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 09, 2012

Apa masalahnya kalau Utusan kata DAP nak bertanding berapa kerusi pun?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, Utusan Malaysia hari ini sah sebagai ”surat khabar pembohong” dan bukannya akhbar apabila ia jelas tidak jujur dan membelakangkan etika kewartawanan.

Ini ekoran laporan mereka yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke 13 nanti sebagai tajuk utama muka hadapan.

Utusan yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen meliputi 40.5% jumlah kerusi parlimen, manakala PAS dan PKR akan bertanding masing-masing 66 buah kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang. - Hrkh.    
Semalam Utusan melaporkan:
[Sumber: Utusan]
Aku tengok ke tajuk tu pun dah tau isu ni dicipta penchachai Umno. Bila tengok ke sumber berita tu memang sah satu lagi usaha penchachai nak bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat pening.

Bukan kata 90 kerusi, kalau Utusan lapor DAP nak bertanding semua 222 kerusi pun apa masalahnya, takkan ada jugak lagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat nak percaya kau Utusan kut.

Pun begitu, mungkin ada jugak yang termakan mainan penchachai ni bila Utusan kata ambil sumber dari 'blog propembangkang' suarapakatanrakyat.com. Tapi bila kenyataan tu 'disokong' oleh blog mykmu.net dan pisau.net yang memang terang-terang blog penchachai Umno BN takkan ada yang percaya kut.

Pasai blog suarapakatanrakyat.com ni kalau sekali sekala masuk dan cuma tengok sekali lalu memang orang akan kata blog pro pakatan rakyat, tambah pulak guna nama 'suarakapatanrakyat' memang ramai yang mungkin tertipu.

Tapi bagi yang tengok dengan teliti tentu punya dapat kesan yang blog ni cuma berlakon sebagai blog pro pakatan rakyat tapi sebenarnya secara halus cuba timbulkan keraguan kepada Pakatan Rakyat dengan gunakan kononnya 'sumber dalaman' yang langsung tak kena atau dengan kata lain memang sah menipu.

Aku taktau la kalau ada yang boleh percaya dengan blog yang bubuh imej Anwar Ibrahim macam kat sebelah ni dengan ayat 'Pemimpin Paling Suci'. Aku pernah tulis sikit pasai keraguan aku dengan blog suarapakatanrakyat ni kat sini

Aku menjangkakan blog suarapakatanrakyat.com ni akan mainkan 'peranan' dia masa PRU13 bila dah bubar parlimen, tapi bila blog mula 'main' awai aku pun jadi mushkil.

Tapi kira ok la depa dah 'main' awai, sekurang-kurangnya bila dah bubar parlimen nanti 'mainan' depa dah tak laku.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...