Perlu ka melatah pasai Kajian MPN telus ka dak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 27, 2012

Perlu ka melatah pasai Kajian MPN telus ka dak?

Malaysiakini melaporkan:  
Pembentangan hasil kajian oleh beberapa universiti mengenai peluang BN merampas kembali negeri-negeri dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak patut dipersoal kerana ia benar dan tidak berat sebelah.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kajian itu, yang dibentangkan Rabu lepas bertajuk 'Prestasi dan Potensi BN di Empat Negeri: Siapa Jadi Pilihan', adalah berdasarkan suara rakyat dan bukan suara BN. - Mkini.  
Jadi mushkil aku bila baca laporan Malaysiakini ni.

Juga dilaporkan:
Menyentuh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempersoal tindakan Majlis Profesor Negara (MPN) menerajui kajian isu PRU, Ahmad Bashah berkata ia membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat merasa tergugat.

Katanya, Azizan mempersoal tindakan MPN kerana mahu mendapat kembali sokongan rakyat negeri ini terhadap PAS yang kini dihantui beberapa isu yang gagal diselesaikan. - Ibid.
Yang aku mushkilnya, biasanya kajian 'ilmiah' yang ahli akademik buat tujuannya untuk menilai sesuatu keadaan untuk laporan dan juga untuk penambahbaikan.

Bila baca laporan Malaysiakini tu nampak macam hasil kajian 'ilmiah' macam nak dijadikan satu alat untuk mengubah persepsi. Nampak macam dah terbalik, sepatutnya kajian tu menilai persepsi dan bukan sebaliknya.


Tapi nak buat macamana, memandangkan PRU13 ni akan jadi pilihanraya yang paling sengit dan bakal menentukan hidup mati Umno, apa saja yang boleh jadi senjata takkan depa nak diabaikan, nak biar macam tu saja.


Apa pun, aku cukup setuju dengan Ust Azizan yang meragui ketelusan MPN, tak ragu macamana kalau ada kalangan orang kuat MPN boleh kata Malaysia tak pernah dijajah. Nampak sangat unsur-unsur bodek dalam MPN yang memang sangat perlu untuk diragui.


Payah sangat la nak tak prejudis kalau ulasan laporan Dr. Rohana Yusof  dari UUM tu sebijik sama nada dengan apa yang pemimpin Umno BN Kedah cakap selama ni. Kalau nak ulas pun bagi la nampak ilmiah sikit, biar nampak macam tak berpihak walaupun sebenarnya berpihak.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...