Memang DAP ada KUASA VETO dalam Pakatan Rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 27, 2012

Memang DAP ada KUASA VETO dalam Pakatan Rakyat?

Bila difikirkan, betul jugak apa yang Awang Adek ni kata, memang nampak macam DAP ada kuasa vetp dalam Pakatan Rakyat.

Memang betul pun, Undang-undang Hudud takkan boleh dilaksanakan melalui Pakatan Rakyat selagi Dap tak setuju pasainya nak laksanakan Hudud nu kena melibatkan pindaan undang-undang kalau pun tak perlu pinda Perlembagaan macam Dr. Aziz Bari kata sebelum ni.

Tambah-tambah kalau Pakatan Rakyat berjaya tawan Putrajaya lepas PRU13 nanti, pasainya margin di perlimen sangat tipis dan PAS perlu undi dari wakil DAP kalau nak parlimen sokong pindaan undang-undang  yang berkaitan. Kecuali la kalau wakil rakyat dari Umno yang jadi pembangkang masa tu sanggup sokong.   
Sinarharian melaporkan:
[Sumber: Sinarharian]
Agak-agak masa tu kalau Awang Adik ni jadi Ahli Parlimen dia akan sokong dak?

Satu soalan yang tak berapa nak relevan untuk ditanya pasainya kalau Pakatan Rakyat nak rampas Putrajaya, parlimen Bachok mana boleh kalah, kalau Bachok pun kalah takkan kerusi lain boleh menang.

Berbalik kepada soal VETO dalam Pakatan Rakyat, bukan setakat DAP ada kuasa veto tu tapi ketiga-tiga parti ada kuasa veto tu. Bukan kuasa veto untuk meluluskan tapi kuasa veto macam di Majlis Keselamatan PBB iaitu kuasa VETO UNTUK TIDAK MELULUSKAN.

Jadinya kalau PAS teringin nak tengok hukuman Hudud berjalan selepas PRU13, PAS kena dapatkan jugak persetujuan DAP yang kalau tengok sekarang ni macam mustahil. 


Jadinya pasai apa PAS tetap jugak nak bersekongkol dengan DAP?


PAS bersekongkol dengan niat dan tujuan khusus untuk menjatuhkan Umno BN. Pasain a kerosakkan yang Umno BN dah buat selama ni dah terlalu teruk, kalau terus dibiarkan entah apa akan jadi dengan negara Malaysia ni. 


Bab nak boleh jalankan hukum Hudud bila dapat tumbangkan Umno BN bersama Pakatan Rakyat tu persoalan kedua, lagipun kalau PAS bergerak sendirian macam sebelum ni memang hampir mustahil hukuman hudud dapat berjalan. Dah lebih 10 kali pilihanraya PAS cuba dan 10 kali gagal.


Dengan kerjasama bersama DAP baru 2 kali dan bunga-bunga kejayaan dah mula nampak. Mungkin jugak tak kearah nak boleh laksanakan hukum hudud tapi hukum hudud bukannya segalanya untuk PAS.


Apa piun, kalau sekarang mustahil tak semestinya sentiasa mustahil.






Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...