Lagi pun kalau ikut apa yang dilaporkan MalaysianInsider nampak macam MDKS buat tu ikut peraturan. Maksud aku dah diluluskan oleh mesyuarat lembaga penuh MDKS.
Setakat yang aku faham, undang-undang ni cuma UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA dan peraturan ni bukannya halang orang Islam nak tengok wayang, cuma tak bagi orang Islam yang belum kahwin duduk laki perempuan sebelah menyebelah.
Dalam keadaan pembuangan anak luar nikah remaja Islam yang semakin berleluasa ni, peraturan macam ni mungkin boleh mengurangkan sikit gejala tu. Sekurang-kurangnya, kuranglah sikit tempat untuk remaja Islam yang mabuk bercinta nak mula buat kerja tak senonoh.
Kalau dibuat kajian aku yakin panggung wayang akan duduk ranking yang tertinggi tempat pertama pasangan remaja Islam beromen.
Cuma aku sikit mushkil macamana MDKS nak kuatkuasakan peraturan macam ni.
Yang aku lebih mushkilnya macam dilaporkan MalaysianInsider, Ronnie Liu nampak macam nak 'over ruled' pulak.
MalaysianInsiders melaporkan:
[Sumber: TMI] |
Yang lebih aku mushkilnya bila juga dilaporkan:
“Menurutnya lagi, kerajaan Selangor juga tidak pernah mengamalkan “double standard” dan tiada sebab MDKS boleh mengadakan satu peraturan baru yang berbeza daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.Mesti ka peraturan di semua PBT kena sama dan selaras. Apa yang aku faham, setiap PBT ada autoriti tersendiri, ada kuasa untuk buat peraturan dan undang-undang kecil untuk PBT berkenaan selagi tak berlawanan dengan undang-undang negeri dan negara.
Justeru, pihaknya telah mengarahkan peraturan tersebut untuk dibincangkan semula dan membawa isu tersebut untuk dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat lembaga penuh mereka.
“Peraturan di semua PBT adalah selaras dan MDKS perlu menangguhkan arahan itu.
“Ini bertentangan dengan laporan yang sedia di seluruh Selangor. Selangor memang ada banyak panggung wayang tetapi tiada satu tempat yang ada peraturan begini.
“Jadi, saya telah meminta YDP Kuala Selangor untuk menangguhkan peraturan ini dan bawa isu ini balik kepada mesyuarat lembaga penuh MDKS untuk perbincangan lanjut,” tambahnya. - Ibid.
Sebagai Exco yang jaga kerajaan tempatan mungkin dia ada kuasa ke atas PBT, mungkin kut dia ada kuasa untuk 'over ruled' keputusan mesyuarat lembaga penuh PBT.
Aku tak berapa pasti pasai tu, malas aku nak google.
Tapinya kalau betul pun ada kuasa macam tu, tak payah la bunyi samseng sangat, kalau nak suruh lembaga penuh MDKS mesyuarat semula pun tak payah la sampai bagi 'skima keputusan' kat depa.
Apa pun, aku harap Dr. Dzul sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor boleh tengok sama kes ni, tolong la bagi selesai kes ni sebaik mungkin dan dalam masa yang sama tolong bagi percerahan, kesian kat grassroot kat bawah, nak menjawab tapi takdak skima jawapan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis