Ya ka PAS paling kuat dalam Pakatan Rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 11, 2012

Ya ka PAS paling kuat dalam Pakatan Rakyat?

Hari Ahad lepas, Mingguan Malaysia muka depan melaporkan yang DAP mungkin bertanding 90 kerusi masa PRU13 nanti.

Sungguh tak logik pasainya secara dasarnya pembahagian kerusi berdasarkan statos qou PRU12, kalau ada perubahan pun mesti dengan persetujuan bersama.

Lim Kit Siang macan yang aku tulis sebelum ni dah pun nafikan berita tu dan sifatkan Umno pembohong dan membelakangkan etika kewartawanan.

Hj Mahfuz pulak kata "Dakwaan kononnya DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu lagi bukti politik najis Umno"

TG Nik Aziz punya komen lagi best, ringkas dan jelas "karut semua tu"
Semalam Presiden PAS, TG Hj Hadi pulak ulas dengan panjang lebar macan yang dilaporkan Malaysiakini:
[Sumber: Mkini]
Memang pun dari segi jentera PAS yang paling kuat dan paling tersusun terutama sekali di peringkat akar umbi.

Cumanya tak cukup sekadar paling kuat di peringkat akar umbi saja. Kalau PAS nak jadi parti paling kuat Pakatan Rakyat PAS kena menang paling banyak kerusi di Parlimen.

Untuk menang lebih banyak kerusi di Parlimen, takdak cara lain melainkan PAS kena tingkatkan sokongan orang melayu pasainya PAS bertanding kebanyakannya di kawasan majoriti pengundi melayu yang selama ni cukup kuat sokong Umno.

Kalau PAS nak menang lebih 60 kerusi macam yang PAS target, PAS kena nak kena dapat paling kurang pun 45% sokongan pengundi melayu.

Selain dari di kampung-kampung tradisi, pengundi melayu majoriti di kawasan tanah rancangan terutama sekali tanah rancangan Felda yang ada di 54 kawasan Parlimen dan 92 Dun seluruh negara.

Kalau PAS boleh pecahkan benteng Umno di tanah rancangan Felda tak mustahil PAS boleh dapat sehingga 45% sokongan melayu dan boleh menang sehingga lebih 60 kerusi parlimen.

Macam kata Mazlan Aliman, isu Felda ni bukan semata-mata isu orang di tanah rancangan Felda tapi isu orang melayu keseluruhannya.


Pasai itulah PAS kena pastikan seramai mungkin turun ke Himpunan Oren Selamatkan Felda hari Sabtu ni.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...