Kalau tengok sumber penchachai Umno BN yang pegang kerajaan pusat nampak macam isu air di Selangor dah sampai tahap kritikal. Kalau tak kritikal takkan ada cadangan untuk dicatu air di beberapa kawasan.
Kalau baca sumbar dari kerajaan negeri Selangor pulak, depa kata sebenarnya takdak krisis air di Selangor. Air di Selangor lebih dari cukup. Yang kritikal cuma pengurusan Syabas yang nampak macam saja bagi nampak masalah air sangat kritikal di Selangor.
Hari ni pening lagi bertambah bila Bernama melaporkan:
PUTRAJAYA, 23 Julai – Tidak akan ada catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini, tetapi syarikat pembekal air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti mempunyai pelan terperinci untuk menangani masalah kekurangan bekalan air di sesetengah kawasan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Lagi bertambah pening bila Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri itu mahu menenangkan rakyat di tiga kawasan tersebut selepas pembekal air di negeri Selangor itu memberi amaran dua minggu lalu bahawa syarikatnya mungkin terpaksa mencatu air kerana hampir tiada lagi rizab air di loji rawatan air di negeri tersebut.
“Tidak ada catuan tetapi di beberapa tempat yang berlakunya kekurangan bekalan air, Syabas akan menyalurkan air kepada mereka jadi tidak ada sebarang masalah,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mesyuarat khas Kabinet terhadap isu air Selangor, di sini hari ini.
“Pada keseluruhannya, kita merasakan kita perlu ada pelan untuk menyelesaikan masalah air di tiga kawasan ini. Sesetengah loji rawatan sudah melebihi kapasiti, sesetengah bekerja 24 jam, jadi kita perlu hadapi masalah ini pada masa hadapan,” kata beliau.
Muhyiddin juga berkata bahawa Kabinet akan bertemu dengan Syabas dalam masa terdekat untuk membincangkan pelan untuk menyelesaikan isu air ini.
Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah “direkacipta” untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.
Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus tuduh menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya ada berlaku catuan.
Muhyiddin juga mengumumkan bahawa Putrajaya telah bersetuju untuk membina loji rawatan itu walaupun kerajaan Pakatan Rakyat membantah.
Muhyiddin berkata projek Langat 2 adalah penting untuk mengelakkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari mencapai paras air kritikal menjelang 2014. - TMI.
Exco negeri Selangor, Ronnie Liu berkata kerajaan negeri tidak akan memberi peruntukan RM225 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selagi dua pegawai tertinggi syarikat pemegang konsesi air itu tidak meletak jawatan.Pada aku, isu air ni sebenarnya tak tara mana pun, kalau nak diselesaikan tak susah mana. Cumanya kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan kerajaan pusat sibuk nak main politik.
Liu berkata, peruntukan tidak akan diberi bagi membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat sekiranya pengerusi eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutif Datuk Ruslan Hassan berbuat demikian.
"Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," katanya selepas menghadiri perhimpunan di hadapan pejabat SYABAS.
Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi.
Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld.
"Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang.
"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi.
Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor. - Mkini.
Kerajaan Pusat di satu pihak sokong Syabas pasai Syabas ni projek Kerajaan Umno BN. Di pihak satu lagi kerajaan negeri menentang Syabas pasai adanya Syabas ni dilihat tak menguntungkan rakyat tapi lebih menguntungkan kroni Umno.
Rakyat patutnyha boleh dapat air dengan harga yang lebih murah tapi terpaksa bayar harga yang lebih mahal pasai adanya Syabas. Lebih malang lagi tarif air akan terus meningkat dengan lebih tinggi kalau dibiarkan Syabas terus mengendalikan air di Selangor.
Aku yakin isu ni takkan selesai sampai ke PRU13. Kalau Umno BN berjaya pertahankan Putrajaya dan rampas balik Selangor aku yakin isu air ni akan 'selesai'. Macam tu jugak kalau Pakatan Rakyat dapat tawan Putrajaya dan pertahankan Selangor isu air ni pun akan selesai jugak.
Kalau Umno BN dapat pertahan Putrajaya dan PR dapat pertahan Selangor ataupun PR dapat rampas Putrajaya tapi galga pertahan Selangor pun isu ni akan selesai jugak.
Pasainya isu ni tak susah mana pun, tambah pulak Selangor bukannya negeri miskin. Setakat kos RM3.6billion tu bukan masalah bagi kerajaan negeri Selangor, tambah-tambah la kalau setakat RM225juta. Kalau Selangor takmau keluarkan kos kerajaan pusat tentu takdak masalah untuk keluarkan kos tu.
Jadinya rakyat Selangor dan Kuala Lumpur tak perlu risau, isu air ni akan selesai sebaik saja kita dapat keputusan PRU13. Cumanya isu yang mungkin timbul masa tu berapa tarif air.
Berkaitan
- Caj air Selangor naik 140% dalam tahun 2021 - LesongBatu1
- Kerajaan Tolak Cadangan Selangor Ambil Alih Syabas, Kata Muhyiddin - Bernama
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis