Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis. - Mkini.
Zahid Hamidi cuma ada 2 pilihan, samada dia penipu besar atau pun dia Naib Presiden Umno yang bangang taktau apa-apa.
Tapi tak logik sangat kalau Naib Presiden langsung taktau parti dia ada buat MOU dengan Parti Komunis Cina. Takkan dia dah lupa kot, baru tahuun lepas ja, tak berapa nak sesuai kalau panggil sejarah pun pasai masih baru nsangat.
Taktau la pulak kalau Zahid Hamidi pun teringin nak jadi cybertroopers Umno, belajar-belajar guna kaedah blantan lie.
Nak nafi apa lagi kalau sampai ada video macam ni. Yang best tu, Adnan Mansor dalam video tu dengan bangganya bagitau buat MOU dengan Parti Komunis China.
Apa pun, yang aku mushkilnya, awat la masih ramai yang fobia sangat dengan komunis? Apa salahnya kalau ada kerjasama dengan Parti Komunis pun.
Apa sebenarnya yang tak kena dengan komunis yang orang melayu terutamanya takut sangat, fobia sangat sampai nak ada kaitan dengan komunis pun takut.
Berbanding sistem kapitalis yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan kuasa yang Umno BN amalkan selama ni, sistem komunis boleh jadi berpuluh kali lebih elok kalau takdak rasuah dan penyelewengan kuasa.
Kalau nak kata komunis ganas, Umno pun tak kurang ganasnya. Yang ganas masa sebelum merdeka tu pasaqi depa berjuang nak memerdekakan tanahair lagipun depa cuma ambil tindakan ke atas penjajah British dan talibarut penjajah bukannya orang awam yang cintakan tanahair dan yang tak suka dijajah..
Lagi satu dan mungkin alasan yang paling kuat pasai masih ramai yang percaya komunis takdak agama dan tak percaya tuhan. Masih ramai yang salah faham perbezaan antara komunis dan athies. Sama macam kata Melayu tu Islam padahal di Indonesia terutama sekali di pulau Bali berpuluh juta orang Melayu tapi beragama Hindu.
Pada aku, sesungguhnya Rashid Maidin dan Mat Indera sebenarnya berpuluh kali lebih mulisa dari Tunku Abdul Rahman sebagai seorang wira bangsa yang cintakan tanahair tumpah darah tercinta.
Berkaitan:
- Pencerahan terhadap komunis - Bicara Abu Nawas
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis