Krisis air di Selangor tapi di sebuah kampung di Kuantan nak masuk air kena bayar RM20,000 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 24, 2012

Krisis air di Selangor tapi di sebuah kampung di Kuantan nak masuk air kena bayar RM20,000

Sehari dua ni heboh pasai isu air di Selangor. Kerajaan Pusat salahkan kerajaan negeri dan kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat. Syabas yang pegang konsesi air di Selangor dengan gaji pengerusinya RM425,000.00 sebulan tapi tak boleh selesaikan masalah air di Selangor.

Ingatkan negeri Kelantan yang dikatakan miskin tu saja yang ada masalah air, rupa-rupanya negeri Selangor yang kaya raya pun ada masalah air sampai tahap ada cadangan nak catu air walaupun di empangan air cukup.

Sebenarnya masalah air ni berlaku di mana-mana di Malaysia ni, bukan kata di negeri yang miskin macam Kelantan ada masalah air tapi di negeri yang kaya macam Selangor pun ada masalah air, malah di negeri Pahang, negeri Najib Razka, Perdana Menteri pun ada masalah air.
Sinarharian melaporkan:
[Sumber: Sinarharian]
Walaupun dah 55 tahun merdeka tapi masih ada lagi kampung di Pahang yang RM20,000 untuk kos pemasangan bekalan air paip.

Kat bawah ni pulak cerita masalah air di Johor, negeri yang jual air mentah kepada Sinapura pada harga 3sen setiap 1000gelen dan kemudian beli pulak pada harga 50sen setiap 1000gelen air yang dah dirawat. Masalah ni di kawasan Parlimen Pontian, kawasan Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan Umno.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...