Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu.
Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis kelmarin.
Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan. - Mkini.
Aku tak peduli pun polis nak bagi permit atau takmau bagi, nak bagi kebenaran atau takmau bagi.
Cumanya kalau polis tak bagi permit atau tak bagi kebenaran tu maknanya ada la harapan nak rasa lagi semburan air kimia dan gas
Lagi satu, aku tak peduli pun depa nak berarak ke mana. Yang pentingnya berarak atas jalan raya.
Kalau tanya pendapat aku baik berarak ke Dataran Merdeka dari berarak ke Istana Negara. Tak penting pun serah memorandum tu kepada Agong'
Pasainya kalau Agong ada hati nak tolong sekali pun takkannya Agong berani nak 'derhaka' kepada Perdana Menteri, penasihat yang Agong 'wajib' ikut. Tak boleh nak buat apa pun pasainya memang semua orang sedia maklum, memang Agong takkan berani sokong pembangkang.
Taktau la pulak kalau Sultan Abdul Halim yang depa kata lemah lembut tu tiba-tiba boleh bertukar jadi cenge, berani melawan.
Bagi yang rasa tak berapa nak terlibat pasai rasa isu Felda ni takdak sangkut paut, tolong dengar apa kata Mazlam Aliman dalam klip video kat bawah ni.
Suka aku nak ingatkan yang surat rasmi rapi pejabat Agung dah pun keluar. Jadinya, terutama sekali pihak-pihak yang selalu sangat sebut bab wala', jangan pulakbuat-buat tak nampak arahan macam surat kat bawah ni.
Lagi satu, tak payah risau pasai nak berhadapan dengan polis pasai sekarang ni dah ramai polis pencendalam PAS termasuk yang pernah jadi orang no 3 dalam PDRM. Takkan kut depa ni tak teringin nak hadir demonstrasi ni kut. Kalau ada apa-apa hal dengan polis depa-depa ni la yang lebih afdhal duduk dibarisan depan menghadapi karenah polis.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis